Alhamdulillah setelah panas berpanjangan, akhirnya bumi Changlun dibasahi hujan rahmat yang turun mencurah-curah lebatnya...terasa begitu teringin bermain2 dan mandi air hujan spt zaman bebudak dulu...hishhhh, malu ler pulak kot2 jiran tetangga nampak, dikatakan buang tabiat per 'org tua' ni...huhu
Hari ni selepas je Larian Muhibah ala-ala merentas desa gitu...kemas2 umah apa yg patut, terus menggodek Tiramisu memandangkan dah lama mascarporne cheese duk menjeling-jeling supaya cepat2 le melamarnya sebelum menjadi andartu dlm petiais tu...muehehe
Jommm...ri ni kita layan Tiramisu lak
Tiramisu
3 biji kuning telur (digalakkan guna telur pasteur)
6 sudu teh gula castor (sukatan ni manis2 buah gitu, nak manis leh tambah kuantitinya)
500 gm mascarporne cheese
200 ml whipping cream
1 sudu besar serbuk gelatin + 30 ml air panas, larutkan gelatin
Biskut ladyfingers secukupnya
1 paket kopi segera + 250 ml air panas, sejukkan
Serbuk koko secukupnya
1. Pukul kuning telur bersama2 gula hingga berwarna kuning pucat
2. Masukkan mascarporne cheese, gaulkan (guna sudu/senduk kayu je)
3. Dalam mangkuk lain, pukul whipping cream hingga agak kental, masukkan bancuhan gelatin...sebatikan
4. Masukkan no.3 ke dlm no.2...sebatimesrakan lagi
5. Celupkan (bukan rendam ye) biskut ladyfingers dlm bancuhan kopi sejuk, susun memenuhi dasar loyang/bekas
6. Letakkan lapisan cream...diikuti dgn lapisan biskut...lapisan cream...(kita buat 2 lapisan biskut je...boleh buat lebih ye tuan2 dan puan2...)
7. Taburkan serbuk koko di atasnya (boleh hias ikut kreativiti msg2)..sejukkan lebih kurang 2 jam dlm peti ais
8. Potong dan nikmatilah ia...:)
Beradu semula dlm peti'es selps diambil sepotong...
No comments:
Post a Comment