Di tempat kita la ni banyak org buka gerai2 menjual tembikai di tepi2 jalan...cuaca yg panas alangkah bestnya dapat makan tembikai mahupun jusnya...dlm sedapnya tembikai yg original kita teruja lak nak membuat fake tembikai...hehe, jom kita makan Puding Tembikai...!
Puding Tembikai
3 keping roti - diblend halus dgn secawan air ( 250 ml air)
1 paket serbuk agar-agar (10 gm)
4 cawan air
3/4 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
2 sudu besar butter
1 sudu teh esen vanilla
Sedikit cincau dipotong halus2 (opt...boleh buat tembikai tanpa biji)
Pewarna hijau, merah atau kuning
1. Masak agar2 + gula + air hingga mendidih
2. Masukkan susu pekat, kacau lagi
3. Masukkan roti yg telah diblend ke dlm agar2 dan esen vanilla...kacau rata
4. Kecilkan api, masukkan butter, bila butter dah larut...tutup api
5. Bahagikan adunan puding kpd 3 bhgn...warna hijau (kulit), warna asal (utk lapisan atas kulit) dan warna merah/kuning (isi)
6. Kalau menggunakan acuan berbentuk V atau W..tuangkan adunan warna merah/kuning dulu...masukkan cincau...tunggu beku2 manja...tuangkan pula adunan warna asal...tunggu beku2 manja lagi...letak pula adunan warna hijau...sejukkan dlm peti ais sebelum dipotong dan dihidang...
Nota kaki makan: Kita cucuk2 dgn garpu bhgn puding yg beku2 manja tu sebelum letak lapisan yg seterusnya...
Pembahagian warna adunan...tentulah bahagian utk isi (warna merah/kuning) lebih banyak berbanding utk lapisan kulit (warna asal) dan kulit (warna hijau)
Jemput makan...:)
No comments:
Post a Comment