Orang lain esp. adik bongsuku dah jadi 'hantu' pavlova tahap zombie dah..,kita baru nak mencuba membuat dan merasa pavlova...
W/p kita dah simpan resepi pavlova sejak tahun 2008 hasil carian di internet, baru hari ni berkesempatan nak mencubanya w/p ketika itu sungguh mudah utk mendapat segala macam buah dr keluarga berry...bila dah payah nak dapat buah2 tu baru nak mencuba...watdehelloanybodyhome..huhu
Pertama kali masuk ke dalam mulut...jeng3x...MANIS tetapi bila makan dgn buah2an yg masam2 manja tu jadi masyukkk je kat tekak...bukan setakat menari2 inang dalam mulut, siap breakdance lagi...ekekeh
Resepi pavlova ni kita dah lupa dr siapa dan dr mana sumbernya, iaitu resepi Mixed Berry Pavlova...walaupun kita terlupa kita nak ucapkan t/kasih kepada si empunya resepi ni, jgn marah ye sbb itu thn 2008 kita lupa nak catat...:)
Berbalik pada pavlova ni, oleh kerana kat sini payah bebenor nak jumpa pelbagai jenis berry... jadi paham2 je lah buah yg nak berposing atas pavlova tu...kita rasa kalau letak hirisan mangga muda, nanas etc yg masam2 manja pun tentu masyuk juga...
Dalam resepi asal ada Triple Raspberries Sauce yg diletakkan diatas taburan buah2an tapi kita tak buat, kalau buat mesti nampak seksi manja pavlova tu dgn lelehan sos...hehe
Jom tengok resepi pulak...
PAVLOVA
Adaptasi drpd Mixed Berry Pavlova
Putih telur drpd 4 biji telur gred A ( kita guna 5 biji telur gred B)
Secubit garam
1 cawan gula castor
2 sudu teh tepung jagung
1 tsp jus lemon (kita gantikan dgn cuka makan)
1/2 sudu teh esen vanilla
Buah2an berry- stroberi, blueberi, raspberi (kita guna buah stroberi, kiwi, dan anggur merah)
1. Masukkan putih telur dan garam dlm mixer, pukul high speed selama 1 minit
2. Rendahkan kelajuan, masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul sehingga berkilat dan kental
3. Masukkan tepung jagung dlm adunan, kacau sebati dan masukkan jus lemon/cuka dan vanilla...sebatikan
4. Letak adunan atas dulang pembakar yg telah dialas dgn kertas baking
5. Bakar dlm preheated oven 130 C selama 1 jam 15 minit / 1 jam 30 minit (ikut oven masing2)
6. Bila masak biarkan ia sejuk dlm oven dgn merenggangkan sedikit pintu oven selama 1 jam
7. Angkat pavlova daripada dulang pembakar...berhati2 kerana ia sangat manja dan fragile :)
Topping Pavlova
1 cawan heavy cream ( kita guna 250 gm thickened cream)
1 sudu besar (rata) gula icing
1 sudu teh esen vanilla
1. Pukul kesemua bhn di atas hingga cream menjadi kental
2. Tuangkan atas pavlova mengikut kuantiti yg disukai dan taburkan buah2an diatasnya
Triple Raspberries Sauce - (kita tak buat)
1 cawan fresh raspberries (kita rasa kalau nak tukar ngan stroberi atau bluberri pun boleh)
1/2 cawan gula castor
1/4 cawan air
1 cawan seedless raspberries jam + sedikit jus lemon
1. Masak raspberries + gula + air hingga jadi cam puree
2. Angkat dan tuangkan ke dlm bekas yg mengandungi jam raspberries
3. Blendkan menjadi sos. Sejukkan
4. Gaulkan 1/2 cawan sos dgn buah2an tadi dan letakkan buah2an tersebut atas topping pavlova
5. Lebihan sos dihidangkan bersama-sama pavlova...kot-kot ada yg suka sos banyak, leh tuang atas pavlova sesuka hatinya...
Jom rasa kita punya versi...Bismillah..
3 comments:
tickened cream tu beli brand paul ke?pekat mcm double cream x?sjk blk msia ni selalu fail to whip the cream.cair jadinya.
To BCP...ha ah, jenama paul tu...tapi kalau guna whipping cream anchor pun boleh atau freshcream brand Rich
Anjang, membuatkan tringin buat pavlova lagi. Neway, nice pic! Cream jenama Paul tu memg tak bagus la, dia byk kuantiti air, ble over whipped dia akn jadi berketul & berair.
Post a Comment