Salam...
Hari ni menggodek apam utk buat sarapan pagi...Apam warna warni ni sedang elok manisnya... kalau sesiapa yg suka manis boleh tambah kuantiti gulanya menjadi satu setengah cawan ataupun letak filling yg disukai seperti yang kawan kita buat iaitu Yah (dulu fotopagesnya Masriyah)...Hmmm teringat bawa apam ni masa berkelah kat Horton Park dgn Yah dan Kak Haiza pada tahun 2007 :)
Kalau dulu kita kukus dlm loyang...kali ni kita buat dlm cup kertas yg kecil2...Anis tolong buat corak2 atasnya...ada dot-dot, bunga, huruf dan corak abstrak (ikut suka dier je sebenornya)
Ok...jom layan resepi Apam Warna Warni lak...
Apam Warna Warni
( Resepi utk sukatan separuh adunan )
2 biji telur
1 cawan gula (kita guna cawan 250 ml)
1/2 sudu besar ovalette
1 sudu teh esen vanila
2 cawan tepung naik sendiri (if guna tpg gandum campurkan dgn 2 sudu teh baking powder -ayak)
1 cawan santan / susu segar (if sukatan utk satu adunan 400ml santan kotak + 60 ml air)
Pewarna yg disukai
1. Pukul telur, gula, ovalette dan esen vanila hingga adunan gebu dan putih
2. Masukkan tepung dan susu selang seli dan gaul adunan hingga rata
3. Bahagikan adunan kepada warna yg disukai
4. Masukkan adunan dlm cup kertas yg kecil (letakkan cup kertas dlm acuan lompang) dan corakkan mengikut kreativiti masing2..kukus dgn api sederhana selama 10 minit
Nota kaki makan: Kalau buat adunan dlm loyang, kukus 30 min - 40 minit. Balut tudung pengukus dgn kain supaya wap air tidak menitik atas apam.
Kenangan 2007 berkelah di Horton Park
Apam warna warni...masa ni kita kukus dlm loyang
No comments:
Post a Comment