Pages

Monday, 13 February 2012

Syafi dah 4 Tahun

Salam...
Selamat hari lahir buat anak bongsuku Ahmad Syafi...Yeayyy, Syafi dah 4 Tahun...Moga tahun berganti tahun anakku ini membesar dgn sihat dan menjadi anak yang soleh dan doanya menjadi harapan kami di 'alam sana'...amin





Setiap kali hari lahir anak5, kita, dan cik abg...kita sekadar membuat sebiji kek utk dinikmati oleh kami sekeluarga...itu saja, belum pernah membuat sebarang majlis khas utk menyambut hari lahir...sambil makan kek sambil sembang2 pelbagai cerita tanpa perlu kontrol ayu dan macho...kami senang begini...:)

Hukum Menyambut Hari Lahir... 

Maka jawabnya berdasarkan beberapa orang ulama’ kitab-kitab terbaru (ulama’-ulama’ yang lama tidak menyebut tentang perkara hari lahir ini) diantaranya seorang ulama’ besar di Universiti al-Azhar melalui kitabnya ‘yas a luu naka fiddin’ hukumnya bida’ah yang harus.

Bida’ah kerana tiada contoh yang dibuat pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. . Harus pula kerana tiada ayat, nas atau hadis yang melarang menyambut hari lahir, asalkan biarlah dengan cara yang tidak bercanggah dengan Islam.

Hukum meniup lilin pula adalah haram kerana amalan ini tiada dalam agama lain melainkan agama kristian. Barangsiapa yang mengikut satu adab yang lazim untuk sesuatu kaum sahaja maka dia termasuk kaum itu.

Rakan sekerja yang menyambut besday pada bulan Februari...Selamat Hari Lahir Sumer!

No comments: