Pages

Sunday, 4 March 2012

Strawberry Cheese Tart

Salam...
Lama betul tak buat cheese tart..Kali ni kita buat filling strawberry pula...Resepi base masih sama spt base yang kita buat utk blueberry cheese tart tetapi resepi fillingnya agak lain sedikit...T/kasih kpd rakan maya kita (nama dirahsiakan) yang sudi berkongsi filling cheese tart kali ni...Moga 'dirimu' dimurahkan rezeki selalu dan sukses hidup dunia dan akhirat :) Begitu juga t/kasih kpd Hasue kerana berkongsi resepi base tart ni...terbaekkk


STRAWBERRY CHEESE TART

Base
170 gm marjerin
50 gm gula icing
1 biji telur - gred C (kita guna gred B)
290-300 gm tepung gandum - ayak (ikut lembut adunan)
1 sudu teh esen vanila

Filling
250 gm cream cheese (kuarkan 30 minit seblm digunakan)
60 gm gula castor
20 gm butter
1 biji telur -gred B
1 sudu teh jus lemon (opt. tapi letak lagi sedap) 
Strawberry filling secukupnya

1. Untuk base. Pukul marjerin + gula dgn senduk kayu, jgn pukul terlalu lama
2. Masukkan telur dan esen vanilla, kacau lagi
3. Masukkan tepung sikit demi sedikit sambil dikacau kemudian diuli menjadi doh yang lembut (doh tak lekat di mangkuk adunan)
4. Ambil sedikit doh, tekankan dlm acuan tart. Buat sehingga adunan habis.
5. Cucuk2kan permukaan adunan dgn garpu sebelum dibakar dlm preheated oven 170 C, 18-20 minit atau hingga kuning keemasan  (ikut oven msg2). Angkat, biarkan sebentar dan kuarkan tart drpd acuan. Ketepikan
6. Untuk filling. Pukul creamcheese hingga ringan.
7. Masukkan gula dan butter, pukul lagi
8. Masukkan telur, pukul lagi dan akhir sekali masukkan jus lemon
9. Masukkan filling strawberry dlm tart, diikuti dgn adunan cream cheese hingga penuh
10. Hiaskan atas creamcheese dgn sedikit  filling strawberry mengikut kreativiti masing2
11. Bakar dlm preheated oven 170 C, 8 - 10 minit (juga mengikut oven masing2...kalau permukaan cheese tu di pegang dgn jari, adunan tidak melekat, kira masak ler tu...)

No comments: