Hari ni kita berprojek dgn Talam Marble pula...ada rasa kuih talam dan ada rasa spt puding...kira makanan ni jenis 2 in 1...hehehe, kalau nak tau bgmn rasanya, kenalah cuba sendiri...cara buatnya pun mudah. Resepi talam ni kita ambil drpd MyResipi yang dikongsi oleh Kak Fida. Ramai juga yg telah mencuba resepi ni dan semua memuji akan kesedapannya...Terima kasih kpd Kak Fida (yg memang byk resepi2nya dlm MyResipi yg mendapat pujian akan kesedapannya) atas perkongsian resepi ini :)
Apa tunggu lagi...mohhh rasa Talam Marble!
TALAM MARBLE
Sumber : Kak Fida
250 gm tepung Hoen Kwe (warna putih)*
450 gm gula caster*
2100 ml santan pekat*
1 sudu kecil garam*
3 sudu besar serbuk koko
1. Satu dan mesrakan kesemua bahan * ke dlm mangkuk, kemudian bahagikan kpd 2 adunan
2. Masukkan serbuk koko ke dalam satu adunan yg telah diasingkan tadi
3. Masakkan adunan dlm periuk yg berasingan sehingga pekat, licin dan kelihatan meletup2...matikan api
4. Griskan loyang, masukkan adunan berselang seli warna hingga habis...step ni kena buat cepat2 kerana adunan cepat mengeras...kalau lemah lembut taim ni, tangkap nangis nanti...ekekeh
5. Sejukkan sama ada dlm peti ais ataupun pd suhu bilik...potong dan bolehlah dinikmati kelazatannya
No comments:
Post a Comment