Pages

Thursday, 15 March 2012

Muffin Choc. Chips

Salam...
Pejam celik pejam celik...dah nak hampir habis cuti pertengahan penggal persekolahan...taim cuti2 camni, kalau tak ke mana2 melancong, memang byk sikit masa utk mencuba pelbagai resepi. Hari ni kita nak berkongsi resepi Muffin Choc. Chips lak. Seperti biasa resepi ini dikongsi oleh Mrs. X (gelaran baru buat sahabat juga adik yg kita kenal di alam maya yg takmo namanya dinyatakan...). Terima kasih Mrs. X atas perkongsian resepi yg sedap ini buat santapan kami sekeluarga...Jommm, layan resepi muffin pulak :)



MUFFIN CHOC. CHIPS
Sumber : Mrs. X

[A]
250 gm butter
350 gm gula perang
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh nescafe

[B]
4 biji telur

[C]
300 gm tepung superfine
70 gm serbuk koko
1 sudu teh double action baking powder
3/4 sudu teh soda bikarbonat
secubit garam

[D]
350 gm fresh milk

[E]
200 gm choc. chips
100 gm walnut cincang ( nak panggang dulu pun boleh, takmo panggang pun boleh)

1. Pukul [A] sebati...tak perlu kembang
2. Masukkan telur satu persatu
3. Masukkan [C] berselang seli dgn [D]
4. Masukkan [E], bakar dlm preheated oven 180 C selama 20 minit atau hingga masak (ikut oven masing2)

No comments: