Sekarang ni musim hujan di Kedah...dan dilaporkan sebahagian kawasan di Kelantan dan Terengganu sekarang dilanda banjir...moga mangsa-mangsa banjir dapat bersabar menempuhi dugaan ini.
Hmmm...hujan2 ni makan yg sejuk2 cam eskrem tak sesuai sgt kan...memandangkan anak5 kita esp si Afiqah, Muhammad dan Aisyah minta dibuatkan aiskrim goreng, maka hari ni kita layan aiskrim goreng pulak...bila mkn tu aiskrim tetap sejuk cuma salutannya suam-suam manja gitu.
Resepi ni kita olah setelah tengok dr beberapa sumber di internet...t/kasih kpd sesiapa jua yang menyumbangkan serta berkongsi resepi aiskrim goreng dalam alam maya ini :)
Dulu, pernah sekali kita buat aiskrim goreng...boleh lihat resepinya di SINI
Jom makan aiskrim goreng sambil melihat titik2 hujan yang membasahi bumi... dan jangan lupa berdoa pada Allah kerana antara waktu doa sangat mustajab ialah ketika hujan turun : )
Aiskrim Goreng
A
Aiskrim sebarang perisa yg disukai
B - satukan
Cornflakes secukupnya - dihancurkan sedikit
Serbuk roti secukupnya
C - dipukul
2 biji telur
2 sb full cream milk
1. Scoop aiskrim menjadi bentuk bulat...buatlah sebanyak mana bilangan yg dikehendaki
2. Letakkan aiskrim dlm dulang yg beralas dgn baking paper / aluminium foil...letakkan dlm freezer selama 1 jam
3. Keluarkan aiskrim...golekkan dlm campuran B...celup dlm adunan C...golekkan lagi dlm campuran B...pastikan keseluruhan aiskrim bersalut rata ye
4. Simpan semula dalam freezer 1 - 2 jam
5. Panaskan minyak yang banyak dlm kuali...pastikan minyak betul-betul panas
6. Keluarkan aiskrim dan goreng tenggelamkan dlm minyak seketika...angkat
7. Hidangkan bersama2 sebarang perisa sos...coklat, strawberry etc ataupun makan begitu sahaja... : p
4 comments:
salam akak...
akak teringinnn nengoknyeee...saya dok penah mkn aiskrim goreng...sedey
Slmt tahun baru 2013 Hajar dan slmt bertugas semula.ais krim goreng dok tangguh nak cuba....dah masuk musim sejuk skrg kena kiv dulu...
Slmt tahun baru 2013 Hajar dan slmt bertugas semula.ais krim goreng dok tangguh nak cuba....dah masuk musim sejuk skrg kena kiv dulu...
Post a Comment