Pages

Friday, 14 December 2012

Super Moist Eggless Chocolate Cake

Salam...
Aduhai lamanya tak mengupdate blog...bukan apa, bila keluar bercuti lama2 mood nak berblog pun merudum..hehe
Hari ni kita nak kongsikan satu lagi resepi kek coklat ( ramai kat luar sana yang dah lama mencubanya ) yang kita buat sempena besday Muhammad...kebiasaan anak5 kita, mereka lebih suka kek coklat w/pun kadang kala kita yang dewasa ni dah rasa jemu tapi demi memenuhi selera mereka, layan je lah...
Kek ni kita ambil resepinya drpd blog Dayangjack. T/kasih kepada Dayangjack yang berkongsi resepi kek coklat tanpa menggunakan telur tetapi hasil teksturnya cantik, moist dan rasanya pun sedappp :)
Oklah, jom kita tengok resepinya...



Super Moist Eggless Chocolate Cake
Sumber : Dayangjack

2 cawan tepung gandum *
2 sk baking powder *
1 sk soda bicarbonate *
1 cawan serbuk koko * ( * ayak bersama kesemuanya )
4 sb susu tepung
2 1/2 cawan air sejuk ( dr peti ais )
2 cawan gula perang - kita guna 1 3/4 cawan sahaja
2 sk esen vanilla
1 sk coffee emulco / chocolate emulco - opt
1/4 sk garam halus
1 cawan minyak jagung / minyak sayuran / butter cair
2 sk cuka makan / jus lemon

1. Bahan2 ayak dicampur bersama susu tepung, garam dan gula perang...kacau rata
2. Masukkan air sejuk, minyak jagung, esen vanilla dan coffee emulco. Kacau mesrakan hingga adunan sebati
3. Akhir sekali masukkan cuka / jus lemon...kacau sebati
4. Bakar dlm preheated oven 160 C 45 minit - 1 jam ( ikut oven masing2 )
5. Sudah masak boleh dihiaskan dgn curahan coklat ganache / salutan coklat buttercream atau makan begitu sahaja..ikutlah mana satu kehendak kita untuk menikmati kek ini :)


Habis sudahhh...


4 comments:

Cikgu Ayu said...

boleh la i cuba nanti

Unknown said...

Akak dh buat mmg sdap cm kukus je..bgus sbb x guna telur jdi kurang kolestrol n jga guna myk msak..dh jdi one of our fav choc cake

cun09 said...

salam akak ^_~

lama dok mai "umah" akak...n lama jugee saya dok mkn kek coklat ^_^

**moge akak sihat**

UmmuAkmal said...

salam..dulu saya pengikut setia hajar fotopages. suka sbb banyk resepi mudah dan sedap. tambahan waktu tu saya merantau ke Madinah ikut asben.suka juga tgk anak2 akk yg comey2, masyaallah..
alhamdulillah dapat juga jmpa blog akk ni.harap akk sihat dan sukses dalam apa jua bidang yang diceburi