Pages

Friday, 11 May 2012

Kisah Sebiji Tembikai

Salam...
Hari ni jom sama2 baca cerita yang boleh kita jadikan ikhtibar dan memperbaiki lagi diri kita ke arah yang lebih baik, insyaAllah

     Pada suatu hari, seorang sufi yang masyhur bernama Syaqiq al-Bakhir telah membeli sebiji tembikai. Kemudian beliau membawa tembikai itu pulang lalu diberikan kepada isterinya.
     Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok...marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.
     Maka bertanya Syaqiq kepada isterinya : "Kepada siapakah ditujukan marahmu itu? Adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah itu?". Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.
     Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya : "Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya dari barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik. Bahkan si penanam sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga.
     Maka ternyatalah marahmu itu engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Bertakwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuanNya".
     Menangislah isteri Syaqiq. Lalu diapun bertaubat kepada Allah dan dia redha dengan ketentuan Allah SWT.

***Kadang tanpa kita sedar, selalu terkeluar omelan (bahasa kasarnya 'komplen') dari mulut kita terhadap Yang Maha Pencipta. Astaghfirullah...
                                            
                                                                          (Al-Munir Mac 2012 PPISMKC)

Sumber gambar : Google Image

No comments: