Salam...
"Ya Allah ya tuhanku...kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi ku sejak kecil hingga dewasa...
berilah kepada mereka kesihatan yang baik...
jauhi mereka dari segala bahaya dan bencana...
tetapkan iman mereka hingga ke hujung nyawa...
Ya Allah ya tuhanku...di usia mereka meniti senja...
mudahkan ku untuk membahagiakan mereka...
jangan lekakan aku dengan hal dunia...
hingga teralpa kerinduan mereka...
Ya Allah, moga ada jasa baktiku untuk mereka...
kerana aku sedar...
muda bukan jaminan lanjut usia...
belum pasti aku atau mereka...
pergi dulu buat selama-lamanya...
Ya Allah ampuni dosaku...
jadikan aku seorang anak
yang sentiasa mengenang jasa ibu dan bapa...
Amin
(Moga Allah memberikan kesihatan yang baik buat ibu dan bapaku yang sejak akhir2 ini kesihatan mereka semakin merosot...amin)

No comments:
Post a Comment