Pages

Sunday, 27 May 2012

German Black Forest

Salam...
Banyak betul kek-kek yang rakyat Malaysia buat beridentitikan negara barat...yelah kek-kek ni rasanya kebanyakan berasal dari sana...kat Malaysia biasa lah kan,...yang glamer bengkang, tepung talam, lengat pisang, cekodok, lempeng etc...yang cipta kek sendiri pulak bagi jugak nama2 arah ke barat gak, hehehe
Oklah...terus kpd entri kita kali ni...Kek German Black Forest ni kita buat sempena besday anak sulung kita. Resepi spt biasa Mrs. X yang sumbangkan...t/kasih buat Mrs. X, moga Allah jua yg dpt membalas kebaikannya.
Bila dah buat kek ni, rupa-rupanya tidaklah susah seperti yang kita bayangkan...anak5 semua suka, itu yang rasa diriku begitu berharga...woha!
Mohhh, kita tengok resepi...



GERMAN BLACK FOREST
Sumber : Mrs X

Moist Chocholate Chiffon

A. Sebatikan
20 gm chocolate emulco
30 gm serbuk koko
70 gm air suam
1 sudu teh esen vanilla
75 gm gula castor
½ sudu teh garam

B. Sebatikan
4 biji telur kuning (kita guna 5 biji telur kuning saiz B)
20gm susu (kita guna fresh milk)

C.
100gm tepung superfine*
½ sudu teh baking powder*
½ sudu teh  soda bikarbonate* *ayak bersama-sama
45 gm minyak jagung

D. Meringues
160gm putih telur (kita guna 5 biji telur putih saiz B)
¼ sudu teh  cream of tartar
100 gm gula castor

1. Sebatikan A.
2. Sebatikan B.
3. Campurkan A, B dan C-masukkan sedikit demi sedikit tepung sambil sebatikan dan masukkan minyak, gaulmesrakan semuanya
4. D. Masukkan cream tartar ke dlm telur putih, pukul hingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan dipukul hingga kental (bila terbalikkan mangkuk adunan, adunan tak jatuh)
5. Masukkan D ke dalam no. 3 secara kaupbalik dan sebatikan
6. Bakar dlm preheated oven 180 C selama 30 minit

Nota kakimakan: Setelah kek masak, kita angkat dan terus telangkupkan kek atas redai kek hingga sejuk baru dikeluarkan dr acuannya, ini dibuat mengikut petua sesetengah org supaya kek chiffon tidak mendap/turun ke bawah :)

Chocolate Mouse Cream

A.
1 ½ sudu besar gelatin ( larutkan dlm 3 sudu besar air panas...letak air dulu, baru taruk gelatin)
¾ sudu besar Nescafe 3 in 1

B.
350 gm whipping cream
20 gm serbuk koko

C.
75gm jus pitted cherries

D.
Dark pitted cherries secukupnya - belah 2

E.
Chocolate parut sebagai hiasan

1. Cairkan gelatin dan campur dengan Nescafe
2. Pukul B-whipping cream dengan serbuk koko sampai soft peak. Masukkan A-gelatin dan C-jus cherries, sebatikan. Masukkan dalam peti sejuk

Kemenjadian Kek
1. Kek yang telah sejuk dan dikeluarkan dr acuan dipotong kepada 2 atau 3 lapisan
2. Letakkan lapisan pertama kek di atas papan kek, sapukan jus cherries di atas kek menggunakan berus pastri
3. Letakkan chocolate mouse cream dan ratakan.
4. Susun/letakkan pula D-dark pitted cherries...tekankan sedikit ke dlm cream
5. Lapiskan pula dengan lapisan kek, ulangi langkah no.2 dan no.3
6. Untuk lapisan kek yang terakhir, salutkan keseluruhan kek dengan cream.
7. Taburkan parutan coklat di atas kek dan hias mengikut kreativiti masing2...kebiasaannya bhgn atas kek dihias cream berbtk rosetta dan ceri di atasnya.
***Kek kita ni, kita salut menggunakan cream berwarna putih (kita pukul cream lain pula)...bukannya menggunakan chocolate mouse cream


No comments: