Hmmm, bulan 12 ni ada ke snow nak turun...hehe, leh main snow...beranganlah tu !... makan Snow Cheese Cake je lah nak hilangkan rindu yg menggebu pada kedinginan snow...auwww
Kek ni sedap tawww...cik abg kita yg kurenggg sikit dgn kek-kek ni, lepas sepotong...sepotong laju disuapkannya ke mulut...berbunga hati kita tengok dia makan...
Sebenarnya kek ni pernah kita buat sekali utk tempahan seorang kakak (teman sekerja) tanpa kita merasanya, kakak tu lak kata, anak2 dia suka n cepat je habis...kita pun teruja nak buat utk makan sendiri, dari sehari ke sehari tertangguh hinggalah ada kesempatan membuatnya, alhamdulillah...
Keterujaan membuat kek ni apabila kali pertama kita melihatnya kat blog Mamafami, terus kita cari penyumbang resepinya iaitu sherry mz dari web myresipi. T/kasih kpd kedua-duanya kerana berkongsi resepi yang mabeles dan super duper sedap...siyes, tak tipu!
So, sesuatu yg sedap haruslah kita kongsikan...kalaupun tak kongsi kek tu, kita kongsi resepinya...rasanya ramai dah yg mencuba resepi ni, tak caya cuba tanya pakcik Google :) Jom buat Snow Cheese Cake...
Snow Cheese Cake
Sumber : sherry mz @ myresipi
6 biji telur putih
4 biji kuning telur - bermakna guna 6 biji telur ( asingkan dua bhgn putihnya )
100 gm gula halus
100 gm tepung Hong Kong / superfine *
60 gm tepung jagung *
1 st baking powder * (*ayak bersama-sama)
2 sb ovalete
50 gm air sejuk (dr peti ais)
75 gm mentega (dicairkan) - kita guna minyak jagung
1. Masukkan semua bahan2 KECUALI mentega cair/minyak jagung
2. Putar dgn kelajuan sederhana hingga adunan pekat dan berwarna agak putih / pucat
3. Masukkan mentega cair, putar lagi hingga sebati
4. Bakar 45 min - 1 jam dlm preheated oven 150 C (masa bergantung pada oven masing2)
Krim
1 kotak creamcheese (250 gm) - kuarkan dr peti ais & biarkan +- 30 min sebelum diguna
1/2 tin susu pekat manis - kita guna 1/2 cawan (+-125 ml)
1. Satukan kedua-dua bahan, putar sebati
Topping
1/2 ketul cheddar cheese ( diparut )
Kemenjadian Kek
1. Bila kek sudah sejuk, potong kek kepada 2 bhgn/lapisan
2. Letakkan krim atas satu bahagian/lapisan kek...ratakan
3. Lapiskan dgn satu bahagian lagi kek atas krim
4. Salutkan keseluruhan kek dgn krim
5. Taburkan keseluruhan kek dengan parutan cheddar cheese
6. Sejukkan dlm peti ais 1 - 2 jam
7. Kuarkan dan biarkan 15 minit pada suhu bilik sebelum dihadam...walla
***Kita telah tersilap setelah dgn rakusnya memasukkan 6 biji telur sekaligus tanpa mengasingkan 2 putih telur, namun alhamdulillah kek tetap maintain jadi :)
![]() |
| Inilah kek tempahan yang kita buat menggunakan resepi ini |

No comments:
Post a Comment