Aduhai...terlalu pantas masa berlalu dan tak terkejar2 utk melakukan pelbagai perkara...blog ni pun dah lama tak berupdate...Masa update ni kita sedang bercuti di Kuala Lumpur...biasalah bila taim cuti sekolah, anak5 suka dibawa berjalan-jalan membuka minda...
Oklah...masa yang ada ni jom kita layan resepi Biskut Badam Cornflakes...biskut ni nama asalnya Almond Rocher oleh Chef Amir dan resepinya kita ambil drpd Kak Azlita Masam Manis...T/kasih kepada kedua2 chef selebriti ni :)...tetapi kita dah olah sedikit resepi ni mengikut citarasa sendiri, so sesiapa yg ingin resepi asal bolehlah ke blog Kak Azlita ye...
Biskut Badam Cornflakes
Olahan : Hajar
100 g cornflakes
200 g badam hiris (dipanggang selama 160 C 15-20 min)
50 g pes kacang hazel
50 g lemak koko
200 g coklat masakan gelap
200 g coklat susu
50 g coklat putih (dicairkan secara double boil) -sbg hiasan
Gula hiasan secukupnya - opt
Cawan kertas secukupnya
1. Dalam satu bekas satukan cornflakes dan badam hiris
2. Cairkan coklat gelap dan coklat susu secara double boil, masukkan lemak koko..sebatikan. Tutup api.
3. Masukkan pula pes kacang hazel dan gaulmesrakan lagi.
4. Tuangkan adunan coklat ke dalam bekas cornflakes dan badam hiris tadi, gaul rata-rata supaya cornflakes dan badam hiris benar2 bersalut dgn coklat
5. Sudukan adunan ke dalam cawan kertas dan simpan sebentar (anggaran 10 -15 min) dalam peti ais
6. Keluarkan dr peti ais dan drizzlekan dgn coklat masakan putih serta hiaskan dgn gula hiasan jika suka
7. Biarkan hiasan coklat putih mengeras dan simpan dalam bekas kedap udara mahupun simpan dalam perut...ahaks
No comments:
Post a Comment