Salam...
Ada sesiapa tengah memikirkan dessert utk party besday anak yang mudah dibuat tapi sangat mengujakan utk dimakan...? Apa kata cuba buat Honeycomb Ice-cream Sandwich...jika esok besday anak, eloklah HIS ni dibuat hari ini. Hanya menggunakan empat bahan sahaja tanpa perlu dimasak pun...Tqvm kpd tuan punya blog tofoodwithlove kerana berkongsi resepi yg sgt mudah tetapi sedap ini dan kita olah pula mengikut citarasa kita sendiri...Jom cuba!
Honeycomb Ice-cream Sandwich
Satu paket biskut 4 segi sebarang perisa yg digemari ( kita guna biskut Munchy perisa coklat)
250 gm thickened cream / whipping cream - resepi asal guna 1 1/4 cawan
4 sudu besar susu pekat manis - resepi asal guna 5 sudu besar
60 gm chocolate chips - resepi asal guna 1 chocolate bar dicincang kasar
1. Alas loyang 4 segi dengan cling film...lebihkan cling film di tepi loyang utk menutup dan membaluti adunan nanti
2. Susun biskut di dasar loyang (muka biskut diterbalikkan ke bawah)
3. Pukul cream + susu pekat hingga agak kental...masukkan chocolate chips, gaulkan
4. Letakkan adunan cream menutupi biskut
5. Susun pula biskut di atas lapisan cream
6. Tutup dan balut adunan dgn lebihan cling film tadi
7. Sejukkan di bhgn sejukbeku selama 8 jam atau semalaman
8. Keluarkan dr loyang, potong mengikut bentuk biskut dan Aaa...(buka mulut...kita suapkan...)
3 comments:
salam akak
akak...dah bukak mulut niiii ^___^
**moge sihat**
Hajar, whipping cream dgn cooking cream tu byk tak perbezaan dr segi fungsinya?
Hajar, whipping cream dgn cooking cream tu byk tak perbezaan dr segi fungsinya?
Post a Comment