Carrot Cake
Thursday, 19 January 2012 | 21:06
|
Carrot Cake Thursday, 19 January 2012 | 21:06Lama dah blog ni tak bersiaran...terlalu kebizian dgn hal2 dunia di awal tahun...biasalah kan.. So, kali ni kita nak berkongsi resepi Carrot Cake yang telah diberi resepinya oleh kawan kita, Ida...alhamdulillah, kemenjadian kek ni menepati citarasa kita... cuma kita rasa serbuk kayu manis tu seeloknya dikurangkan kpd 1/4 sudu teh sekiranya anak2 tak suka rasanya atau pun tak perlu diletakkan terus...hehe Oklah, kita layan resepinya dan sesiapa yg ingin mencuba, silakan...sebelum tu t/kasih kpd kawan kita, Ida yang sudi berkongsi resepi...muah300x Carrot Cake Sumber : Ida A : 300 gm carrot parut (+- 3 biji carrot) 100 gm walnut cincang ( bakar walnut 180 C selama 10 min, baru cincang) B : 100 gm cream cheese 250 gm butter 235 gm gula castor C : 4 biji telur (gred A) -kita guna 5 biji telur gred B D : (ayak) 300 gm tepung superfine 10 gm double action baking powder 1/2 sudu teh garam 1/2 sudu teh soda bikarbonat 1/2 sudu teh serbuk kayu manis - optional 1. Pukul B sampai kembang dan putih (medium speed) 2. Masukkan telur sebiji-sebiji sambil diputar 3. Masukkan D sedikit demi sedikit 4. Masukkan A dan kacau sebati 5. Bakar dalam preheated oven 180 C selama 45 minit/hingga masak Cream cheese Frosting 250 gm cream cheese 100 gm butter 100 gm gula icing 1. Pukul cream cheese hingga lembut 2. Masukkan gula, pukul lagi 3. Masukkan butter dan pukul sebati 4. Salut/Hiaskan di atas kek yg telah sejuk mengikut kreativiti masing2 ***Kita letakkan kepingan badam panggang menyaluti cream cheese :) Tekstur kek yg lembut dan moist...sedap! Labels: Kek |