Pages

Tuesday, 14 August 2012

Sagu Gula Melaka

Salam...
Sagu Gula Melaka yang kita buat ni sgt simple kerana kita hidangkan dgn menggunakan susu cair dalam tin (menggantikan santan) dan air gula melaka...namun begitu kita sertakan juga cara membuat sos santan berdasarkan resepi kawan kita semasa berfotopages dulu iaitu Ishzah. Sebenarnya tanpa sukatan pun kita boleh buat Sagu Gula Melaka ni, tetapi kot2 ada yang mahu menggunakan resepi yg skema, jadi kita letakkan resepi yang ada sukatannya juga bersumber drpd Ishzah. T/kasih kepada Ishzah w/p lama dia menyepikan diri dan fotopagesnya juga telah ditutup...moga2 dia sentiasa diberkati hidupnya kerana telah berkongsi resepi di sini.
Ok...jom kita buat Sagu Gula Melaka yg simple ni...w/p simple ia totap menjadi pojaan hatiku...ahakkks




















Sagu Gula Melaka

500 gm sagu biji - basuh dan toskan
1 liter air
setitik dua pewarna hijau - opt.

1. Didihkan air, bila mendidih masukkan sedikit pewarna serta sagu dan hendaklah sentiasa dikacau
2. Apabila bintik2 putih sagu tidak kelihatan lagi, matikan api.
3. Ambil dua tiga sudu sagu tersebut, letakkan dalam tapis lalu alirkan di bawah air paip utk membuang kanjinya, buat sehingga habis
4. Masukkan sagu ke dalam acuan / mangkuk dan sejukkan dalam peti ais lebih kurang 30 minit
5. Keluarkan sagu dr acuan, hidangkan bersama sos santan* dan air gula melaka*

*Air Gula Melaka

300 g gula melaka + sehelai daun pandan - masak hingga pekat, kemudian tapis

 *Sos Santan

300 ml santan pekat
600 ml air
1 sudu teh garam
1 sudu makan tepung jagung + sedikit air

- Satukan  kesemua bahan, masak hingga agak pekat, angkat.



1 comment:

Unknown said...

Bentuk love tu sgt kreatif le hajar