Semakin lama puasa, semakin panas cuaca di sini...kalau berbuka dapat meneguk beberapa gelas air, aduhhh...nyamannya tekak...dan panas-panas begini kalau nak masak tu asyik tingat dessert yang sejuk-sejuk, lalu meluncur laju di tekak...alangkah sedapnya.
Kebetulan melawat umah Kak Rima kita terliur melihat Puding Milo dan Oreo...apalagi, pucuk dicita ulam mendatang, terus je nak buat puding ni...jom lah buat puding ni, sedap!
Terima kasih Kak Rima kerana berkongsi resepi yg mabeles ni...w/p kita derhaka dr segi kuantiti bhn... tapi bhn asal tetap tak diubah :)
Puding Milo dan Oreo
Sumber : Kak Rima
1 paket agar-agar serbuk ( 10 g ) kita guna dlm 14 g
750 ml air
160 g gula - kita guna 1/2 cwn gula ( 1/2 cwn = 125 ml )
1 tin susu cair
3/4 cawan milo - kita guna 2/4 cwn milo
1 paket oreo - dihancurkan bersama krimnya sekali - kita buat 1/3 paket je
1. Masak agar-agar bersama air dan gula hingga mendidih
2. Masukkan susu, kacau lagi hingga mendidih
3. Matikan api, ambil dlm 2 cawan adunan ( kita ambil dlm 200 ml ) dan bancuhkan milo di dlmnya
4. Tuangkan separuh adunan milo dlm acuan sambil yg selebihnya dipanaskan atas api kecil
5. Bila adunan agak beku, tuangkan adunan asal atas adunan milo, taburkan biskut oreo yang hancur di atasnya... biarkan ia beku sedikit, dan tuangkan separuh lagi adunan milo ( kat sini kita derhaka gak...kita buat 2 lapisan je, lapisan milo dan lapisan oreo...muehehe, mau sinang kilija lorrr )
6. Sejukkan baru dinikmati...bismillah
*Tips : semasa melapis pastikan lapisan agar-agar yg pertama beku-beku manja dulu, baru dituangkan lapisan seterusnya...kalau agar-agar beku-beku brutal, kena brutal gak cucuk2 ngan garfu permukaannya dulu, baru letakkan adunan seterusnya...kalau tak, agar-agar tak melekat satu sama lain :)
No comments:
Post a Comment