Pages

Sunday, 9 September 2012

Ombre Cake

Salam...
Lamanya tak bersiaran...penuh sawang dah 'umah' ni...:) Hari ni kita nak berkongsi resepi Ombre Cake yang kita buat sempena anniversary kita yang ke-14 tahun pada 5 September yang lalu...
Resepi kek ni menggunakan resepi Italian Rainbow Cake yang diberikan resepinya oleh kawan kita yg jelita lagi vogue, Ida...TQ Ida, kerana kek ni alhamdulillah mendapat feedback yg sgt baik dan dikatakan sedap. Tak rugi mencubanya...jom kita tengok resepinya...


















Ombre Cake
Resepi asal : Italian Rainbow Cake
Sumber : Ida

A : Putar sampai kembang / putih berkrim
380 gm telur ( 7 biji )- kita timbang, +- 9 biji telur gred B dibuang sedikit putihnya :)
280 gm gula castor
15 gm ovallete

B : Putar kembang
400 gm butter
40 gm gliserine
8 gm vanila

C : Ayak kesemuanya
380 gm tepung superfine
6 gm baking powder (double action)
8 gm susu tepung

D : Campurkan
30 gm air
Secubit garam

1. Pukul A hingga kembang / putih berkrim...ketepikan
2. Pukul B sampai kembang dan putih.
3. Masukkan C dan D berselang seli sambil sebatikan ke dalam B
4. Masukkan bahan no.3 ke dlm adunan A, sebatikan ( anggaran timbangan adunan 1600 gm )
5. Bahagikan adunan kepada 6 warna. Setiap adunan 250 gm ( kita bhgkan kpd 3 iaitu menggunakan warna merah sahaja tetapi berlainan kuantitinya agar adunan nampak tone warna yang berlainan )
6. Bakar setiap adunan pada suhu 170 -180 C selama 15 minit. Sejukkan. ( kita guna suhu 170 C selama 20 minit coz adunan kita tebal )
7. Lapiskan kek dengan Italian Buttercream, salut dan hiaslah mengikut kreativiti dan kehendak hati memasing

Italian Buttercream

A :  Masak hingga suhu 220 C
200 gm gula castor
100 gm air

B :
3 biji putih telur gred A - kita guna 4 biji telur gred B

C :
500 gm butter sejuk - dipotong dadu ( kita biarkan butter diluar tapi tidak mencapai suhu bilik )

1. Masak A hingga mencapai suhu 220 C.
**Cara lain menentukan air gula sudah sampai ke suhu 220 C - ambil dawai bunga, celup ke dalam adunan. Jika air gula melekat dan boleh dihembus bentuk belon, boleh angkat. Step ni kita agak2 je, nampak macam air gula tu mula nak likat, kita angkat ( kena tanggung risiko sendiri ye kalau ikut cara kita...hikhik )
2. Sementara kita tunggu air gula kita tadi masak, putar putih telur sampai kembang. Bila air gula masak, terus masukkan ke dalam putih telur sambil terus diputar...ini bermakna kita harus gunakan stand mixer supaya mixer terus berputar semasa kita masukkan air gula tersebut.
3. Pukul adunan hingga sejuk
4. Tukarkan whisker kepada K beater, masukkan butter sedikit demi sedikit hingga habis
5. Pukul krim sampai sebati, kembang dan kental
6. Bolehlah lapiskan kek dan warnakan krim utk membuat hiasan atas kek
** Utk step 3, kita rasa mangkuk adunan kita dah suam-suam manja je...kita terus masukkan butter








5 comments:

ciel said...

Sdapnya kek itu..
Nak tnya ckit deko tepi kek buat guna nozel apa dan mggnakan fresh cream@buttercream?

Cikgu Ayu said...

sedap..sempat rasa jugak...lepas ni boleh buka kedai cake kak hajar ni

cun09 said...

salam akak ^__^

comel kek...

**moge sihat**

Hajar said...

To: ciel93...akak guna italian buttercream spt dlm resepi dan guna nozle open star
To: ayu...tak cukup modal lah, cewah cakap macam dlm iklan...huhu, ada ke hubby nak bg duit buka kedai bakeri...takdelah, tak minat pun nak ada kedai bakeri, kalau boleh nak jadi surirumah sepenuh masa je..
To: cun09...rindu kat liza, moga liza juga sihat hendak-Nya

Unknown said...

Rumit jga membuat kek ni..tpi hasilnya mmg berbaloi