Alhamdulillah suami kita selamat pergi dan selamat kembali dari berkelana selama 12 hari...anak5 tersangat teruja menunggu kepulangan ayah...hoorayyy gembira bila ayah pulang...terlepas rindu dendam pada ayah...
Aiii, anak5 je ke yang rindu kat ayah??? hikhik, si isteri pun rindu jugak,
Kek Coklat Kukus ni kita ambil resepinya drpd umah Makngah . T/kasih banyak Makngah ye, memang sedap kek ni cuma kita kurangkan sedikit kuantiti gula dan susu pekat manakala curahan coklat ganache di atas kek kita buat mengikut cara kita sendiri...
Jom kita layan kek coklat kukus pulak :)
Kek Coklat Kukus
A
100 gm serbuk koko
250 gm gula pasir - kita guna 200 gm je
1 tin susu cair
250 gm susu pekat manis - kita guna 200 gm
200 gm minyak masak
B
4 biji telur gred B - pukul hingga kembang
C Ayak
150 gm tepung gandum / superfine
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1. Campurkan semua bhn A dan masakkan atas api perlahan sambil dikacau sebati sehingga gula larut, tak perlu sampai mendidih...tutup api sejukkan sebentar
2. Masukkan adunan A dalam telur yg telah dipukul kembang, kacau rata
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau rata
4. Masukkan adunan dlm loyang dan tutup dgn aluminium foil supaya air kukusan tidak menitik ke atas kek
5. Kukus kek selama 90 minit / 1 jam 30 minit
Coklat Ganache - curahan atas kek
200 gm coklat masakan - kita guna dark choc.
1 sudu besar sirap kencana / golden syrup
1. Panaskan whipping cream, jgn sampai mendidih...bila nampak buih2 kecil sekeliling periuk, tutup api
2. Masukkan coklat masakan, kacau hingga coklat larut
3. Masukkan sirap kencana, kacau mesrakan
4. Bila agak suam, tuangkan atas kek...
***utk buat hiasan atas kek, masukkan ganache dlm peti ais, biarkan ia likat...masukkan dlm piping bag dan paipkan pelbagai bentuk hiasan atas kek ( cara ni kalau tak sabar tunggu / biarkan ganache semalaman sebelum digunakan )
Di bawah ni adalah kek-kek yang kita buat, ditempah oleh dua orang rakan sekerja menggunakan resepi kek ini...
1 comment:
Kek coklat kukus mmg sedap..akk guna resepi dlm majalah eanita, agak mudah n menjadi..stu lagi resepi pulak tak guna telur n guna air sejuk..tpi kaedah masknya membakar..rasanya pun ok terutama org2 dh berumur cam akk ni...
Post a Comment