Pages

Sunday, 24 June 2012

Puding Karamel Sagu

Salam...
Cuaca panas2 nih selain nikmatnya jika menikmati minuman sejuk2...best gak kalau tekak ni dapat menikmati puding kan...dulu kita pernah berangan-angan nak buka kedai yg jual pelbagai jenis puding sebab kita memang kipas susah mati pada apa jua puding..hehehe, biasalah berangan je lebih, terlaksana tu memang ler tidak gamaknya sebab kita ni banyak vitamin 'M'...
Oklah, resepi puding karamel sagu ni kita ambil drpd buku Kompilasi Hidangan Puding oleh Chef Nor Asmawati Nor Din...tapi kita dah ubah kuantiti bahannya mengikut stok yang ada kat umah kita, kuantiti je tau bahan2 tetap sama cam resepi asal. Puding ni amat le senang membuatnya dan sedap berdasarkan testimoni kengkawan kita yg merasa...T/kasih buat Chef Nor Asmawati yang berkongsi resepi yg mudah ni.
Jommm, kita layan resepi puding lak :)



PUDING KARAMEL SAGU

200 ml santan pekat
300 gm susu segar
350 gm air - leh agak2 je ni berdasarkan kuantiti sagu
120 gm sagu
120 gm serbuk vanila flan
70 gm gula pasir - kalau tak suka manis leh kurangkan kpd 60 gm

1. Masak air bersama sagu dalam periuk hingga mendidih. Cucikan sagu dgn air sejuk (bwh air paip yg mengalir) menggunakan tapis yang halus utk membuang kanjinya. Ketepikan
2. Masak susu bersama2 santan dan gula sehingga mendidih, kecilkankan api, tuangkan serbuk karamel dan kacau perlahan sehingga larut
3. Kemudian masukkan sagu dan kacau rata supaya sagu tidak berketul-ketul
4. Angkat dan tuangkan dlm acuan. Sejukkan sebelum dihidang.

No comments: