TItian perjalanan buat tatapan dan kenangan...: Tiramisu

Tiramisu
Thursday, 3 November 2011 | 20:41
1 comment
Salam...Hari tu semasa tengok Program Master Chef Malaysia di saluran Astro 104, telah teruja melihat Tiramisu Chef Riz anak Chef Wan...huhu, lamanya tak mkn Tiramisu...tingat kali pertama merasa Tiramisu semasa praktikum kat Seksyen 11, Shah Alam...punyalah sedap sehingga tak leh lupa hingga ke hari ni...jadi kali ni kita buat tiramisu berdasarkan resepi Shima kat Cardiff nun, tiramisu ni sedap bila menggunakan mascarpone cheese berbanding cream cheese...resepi kali ni pun kita guna bahan2 yang ada di umah sahaja so tak 100% asli mengikut resepi Shima :) namun begitu t/kasih diucapkan pada Shima..muahhh25x



Tiramisu
Sumber : CTNik dan Shima

Bahan A

20 sponge finger - kita guna biskut marie perisa coklat (boleh gak kalau nak guna swissroll coklat)
284 ml double cream - kita guna 250 ml
500 gm mascarpone cheese
1/2 cawan gula icing
3 sudu besar esen vanilla - kita guna 1 sudu teh

Bahan B

1 sudu besar nescafe
1 sudu besar coffee

1 sudu besar serbuk coklat
air suam utk melarutkan bahan B
(kita guna nescafe gold 3 in 1)

Bahan C

Serbuk coklat utk taburan setiap lapisan

1. Pukul double cream hingga kental (stiff peak)
2. Pukul mascarpone cheese, gula icing dan esen vanila hingga sebati
3. Gabungkan adunan mascarpone dgn double cream dan gaul sebati
4. Bancuh bahan B dan celupkan biskut ke dlmnya (kalau guna swissroll siramkan bancuhan B atasnya)
5. Susun biskut ke dlm bekas, diikuti dgn adunan cream dan taburkan serbuk coklat
6. Ulangi lapisan hingga habis dan lapisan terakhir ialah lapisan cream dan taburan serbuk coklat
7. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 5 - 8 jam dan bolehlah dihidang

Labels:


Older Post | Newer Post