Selamat Hari Raya Aidil Adha
Friday, 4 November 2011 | 22:43
|
Selamat Hari Raya Aidil Adha Friday, 4 November 2011 | 22:43Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua muslimin dan muslimat...moga bertambah keimanan dan ketaqwaan kita kepada-Nya. Firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” Surah al-Kauthar : ayat 1-2 Daripada A'isyah r.a, Rasulullah S.A.W bersabda: “Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ” Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib Jommm...ikut teman balik Manong, Kuala Kangsar, Perak...woha! Labels: Macam-macam |