Hari ni jom kita layanzzz Black Beauty Choc Cake (BBCC) resepi Maklang Azie...Kek ni memang best, lembut, moist dan sedap kerana kek ini tidak terlalu manis...ngap-ngap-ngap 6 beranak (hehehe, cik abe g Vietnam...) habis sebijik kek... Mohhh, kita tengok resepinya :) Terima kasih Maklang Azie kerana berkongsi resepi yg superb nih...muahhh 30x
Tengok teksturnya dan warnanya yg hitam tu...memang ngancam kalbu!
Black Beauty Choc Cake
Bahan A
2 cwn tepung gandum/superfine*
3/4 cwn serbuk koko*
2 sudu kecil soda bikarbonat*
2 sudu kecil baking powder* *Ayakkan
Bahan B
2 cwn gula castor
1 cwn susu cair
1 cwn minyak masak @ butter dicairkan
1 cwn air panas suam
1 sudu besar coklat emulco
3 biji telur
1. Setelah ayak bhn A, ketepikan
2. Campur semua bhn B dan kacau sebati...guna whisker je
3. Masukkan bhn A sedikit demi sedikit ke dalam bhn B sambil diaduk/gaul rata
4. Masukkan dlm loyang dan bakar dlm preheated oven 150 C 50 min - 1 jam (api atas bawah)
Topping mudah tetapi sedap (sesuai ketika stok cooking choc. takde)
1/2 cwn serbuk koko
1 cwn gula
2 1/2 cwn air
1/2 cwn tepung jagung
2 sudu besar butter/majerin
1. Masukkan semua bhn dan masakkan menggunakan api kecil
2. Sentiasa dikacau sehingga pekat
3. Siap, bolehlah dituang dan diratakan ke atas kek serta dihias mengikut kreativiti masing2.
No comments:
Post a Comment