Fuhhh...fuhhh...
Friday, 23 September 2011 | 10:17
|
Fuhhh...fuhhh... Friday, 23 September 2011 | 10:17Sempena nak meriahkan balik 'umah', kita nak jamu 'ter'tamu yg dtg 'umah' kita ni dengan Kek Karamel...kek ni sedap sesangat.., so kena jamulah kan?, yang sedap2... kot jamu yg tak sedap, apa lak kata 'ter'tamu...hihi.. Resepi ni kita dapat drpd Blog Masam Manis Azlita yg sgt rajin n kreatif lagi tersohor tu...alhamdulillah, kek ni menjadi w/p pestaim buat...kita ikut sebijik sejebon camner kak Ita buat, tak derhaka resepipun...T/kasih kepada kak Ita atas perkongsian resepi yg mabelesss lagi superb...yukkk, kita cuba sama2 dan makan sama-sama...besssttt. Kita 'C n P' dan edit je resepi dr blog kak Ita, halal ye! Nak tgk step by step silalah ke umah kak Ita nun... Kek Karamel (Sumber: Blog Masam Manis) Gula Hangus 2 sudu besar gula pasir 1. Sediakan loyang 8 inc. 2. Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan. 3. Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang. 4. Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan 5. Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras. 6. Ketepikan Bahan Karamel 1/2 tin susu cair ( anggaran 200 ml) 70g gula castor 1/2 sudu teh esen vanilla 3 biji kuning telur 1. Kacau susu dan gula hingga gula larut. 2. Kacau kuning telur dan esen perlahan2. 3. Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje. 4. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi. 5. Ketepikan. ***Kalau nak dapatkan lapisan karamel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur. (Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti ) Adunan Kek 3 biji telur kuning 135ml air 45ml minyak masak 70g gula kastor 140 gm tepung gandum - ayak 1 sudu teh baking powder -ayak 1. Pukul telur kuning, air dan minyak sampai gebu dan bertukar kpd warna putih. 2. Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda. 3. Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak 4. Masukkan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna. 5. Ketepikan. Meringue 6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning 70g gula castor 1 sudu teh krim of tartar 1. Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering dan tidak berminyak 2. Pukul putih telur hingga berbuih 3. Masukkan gula dan krim of tartar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. Kalau kita terbalikkan mangkuk adunan, putih telur tu tidak jatuh 4. Masukkan 1/3 bahan meringue ke dalam adunan tepung tadi. Gaul rata secara kaup balik 5. Kemudian masukkan semua baki adunan meringue dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja. 6. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak. 7. Letakkan pewarna yang anda sukai. (Kita guna warna hijau, merah dan kuning) 8. Kemudian tuangkan adunan kek ni mengikut giliran warna ke atas karamel tadi. Contohnya, tuang 3 sudu lapisan hijau, kemudian 3 sudu lapisan merah di tengah-tengah lapisan hijau. Kemudian tuangkan pula 3 sudu lapisan kuning di tengah-tengah lapisan merah. Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula. Akhir sekali dengan satu sudu. 9. Lorekkan atas adunan dengan lidi. (Kita tak lorek pun) 10. Panaskan oven pada suhu 170 C terlebih dahulu. 11. Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang lebih besar yg berisi air panas (kaedah steam bath) 12. Bila dah masukkan kek dalam oven (rak paling bawah), tukar pada suhu 160C (Gunakan api bawah sahaja) 13. Bakar kek selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak. 14. Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama. Selepas masak, biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang dr tepi loyang. 15. Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri. Lapkan air gula yg meleleh pada kek dan pinggan utk mengelakkan kek basah. 16. Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk. 17. Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama. ***Kek ni juga sedap di makan setelah disejukkan dlm peti ais. Nota kaki makan: kak Ita kata, kek ni pernah jadikannya 'mok-mok' kerana makan selalu (2 thn tak mkn nasi nak dpt lik shape), so bila nak mkn kek ni jgn tak hengat donia ye...kesan sampingan adalah atas tggjwb sendiri ye...ekekeh :) Labels: Kek |