Apabila cuti sekolah tidak ke mana-mana, maka aktiviti yg seronok dilakukan di rumah ialah mencuba resepi2 yang ada dalam simpanan...
Kalau tengok kertas2, buku2 mahupun dlm fail komputer berderet2 resepi yang kita simpan masih belum dicuba-cuba...huhhhh
Hari ni berkesempatan mencuba satu lagi resepi kek coklat yang kita olah drpd resepi Devil's Food Chocolate Cake...
Alhamdulilah, kek ni sedap dan menepati selera kami terutama anak5... satu adunan kek ni kita bakar dalam dua loyang segi empat 30 x 10 x 4 selama 20 minit sahaja.
Jommm, kita semak resepi...
Seriously Rich Chocolate Cake
Sumber: Olahan Resepi Devil's Food Chocolate Cake
Lapisan Kek
2 cawan tepung gandum *
1/2 cawan serbuk koko *
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat *
1/2 sudu teh garam halus * ( * ayak )
1/2 cawan gula caster
1/2 cawan gula perang
125 gm butter
2 biji telur gred A ( kita guna gred B )
2 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan buttermilk ( 1/2 cawan susu + 1 sudu teh cuka, rehatkan 10 minit)
1 cawan air suam
1. Panaskan oven pada suhu 170 C
2. Oleskan dalaman loyang dgn sedikit butter dan tabur ratakan dgn lapisan nipis tepung
3. Pukul butter dan gula sehingga kembang dan ringan.
4. Masukkan telur, pukul dan sebatikan
5. Masukkan pula campuran tepung yang telah diayak berselang seli dgn buttermilk dan air suam (dlm tiga bahagian) , sebatikan
6. Masukkan esen vanila dan gaul sebati
7. Bakar +- 30 minit / hingga masak bergantung kepada oven masing2 dan saiz loyang kek
8. Keluarkan kek dari acuan dan sejukkan kek di atas redai kek
Lapisan Krim
Non-Dairy Topping perisa coklat ( kita guna brand Rich's ) - pukul sehingga kental
Lapisan Chocolate Ganache
200 ml whipping cream
300 gm dark chocolate compound - potong kecil
1 sudu besar butter
1. Secara double-boil panaskan krim dan butter
2. Bila butter cair dan whipping krim kelihatan berbuih kecil, masukkan potongan coklat
3. Matikan api dan kacaukan coklat supaya mencair dan adunan sebati...sejukkan pada suhu bilik
Kemenjadian Kek
1. Kek yang telah sejuk, lapiskan krim di atasnya dan simpan kek dalam peti sejuk lebih kurang 20 minit untuk lapisan krim mengeras
2. Keluarkan kek dan lapiskan pula coklat ganache di atas krim...masukkan semula ke dalam peti sejuk supaya coklat ganache mengeras.
3. Setelah itu, potong dan kemaskan tepi kek ( guna pisau yg dicelup ke dlm air panas, kemudian lap pisau tersebut setiap kali sebelum memotong kek )
3. Hiaskan kek mengikut kreativiti masing-masing sebelum dihidangkan
3 comments:
kak as yang comel,beli kat mana topping non diary coklat tu?tak pernah kelih pun...harap maklum
Ayu dearest, beli kat kedai bakery bahgian sejuk beku...
Post a Comment