TItian perjalanan buat tatapan dan kenangan...: Russian Black And White Cake

Russian Black And White Cake
Thursday, 1 December 2011 | 13:05
1 comment
Kek Russian Black and White ni kita buat sempena besday Muhammad...Resepi ni kita dapat drpd sahabat seperjuangan kita, Ida...Ida dpt resepi kek ni drpd seorang kawannya...Tak taulah resepi kek ni sama atau tidak dengan kek Russian Black And White yang tengah glamer sekarang atau ala-ala kek itu...resepi yg kita dpt ni pun step membuatnya agak tidak lengkap, so kita ikut cara kita sendiri utk menghasilkannya...
Terima kasih kepada Ida yang sudi berkongsi resepi dan juga kepada penyumbang/pencipta resepi kek ini...moga Allah membuka luas lagi pintu rezeki buat mereka...
Nak resepi tak? Kalau nak, ini resepinya...

Russian Black And White Cake

2 cwn tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonat
1 cwn serbuk koko
2 cwn gula halus
1 cwn minyak jagung
1 cwn susu cair
3 biji telur gred A (kita guna 4 biji telur gred B)
1 cwn air panas
1 tsp esen vanila
1 tbsp gliserin (kita terlupa masukkan gliserin, tp ok je moist kek ni)

1. Tepung + serbuk koko + soda bikarbonat + baking powder diayak bersama, ketepikan
2. Dalam bekas yg lain, gula + telur dipukul hingga kembang. Masukkan esen vanilla, susu, minyak dan gliserin, pukul lagi hingga sebati
3. Masukkan bahan yg diayak tadi sedikit demi sedikit secara kaup balik.
4. Akhir sekali, masukkan air panas dan kacau sebati
5. Masukkan dlm loyang saiz 9" dan bakar dlm preheated oven 180 C selama 1 jam atau sehingga masak (kita guna suhu 170 C utk oven kita yg kiut)

Sementara tunggu kek masak, buat Coklat Ganache

Coklat Ganache

750 g coklat masakan -diparut/dipotong kecil2(kita guna dark cooking choc)
600 g fresh cream (product rich)
2 tbsp golden syrup
(kita rasa elok dikurangkan sedikit fresh creamnya kepada 350 g mungkin,.. agar ganache kental sedikit)
1. Panaskan fresh cream sehingga hampir didih.
2. Tutup api, masukkan coklat masakan dan kacau hingga coklat cair dan larut.
3. Masukkan golden syrup, kacau sebati...ketepikan

Filling Cream Cheese

250 g cream cheese
125 g mascarpone cheese (kita takde stok mascarpone, jadi kita gantikan 100 g cream cheese + 25 g whipping cream)
1 sudu kecil Nescafe + sedikit air (sesiapa yg tak suka rasa kopi boleh omit)
1 - 2 tsp gula icing (kita letak 3 tsp coz tak guna mascarpone cheese)

1. Pukul cheese hingga lembut, masukkan gula dan bancuhan Nescafe dan pukul sebati

Salutan Kek

200 g whipping cream dipukul hingga soft peak

Kemenjadian Kek (step ni cara kita ye sbb step asal resepi tidak lengkap...betul atau tak, wallahualam)

1. Kek yang telah masak, dikeluarkan dr loyang dan sejukkan. Balut kek dgn cling film dan sejukkan at least 1 jam dlm peti ais (step ni utk mudah kita memotong kek). Kuarkan kek dan kek dipotong kepada 4 lapisan (kita potong kek kpd tiga lapisan, masih tak konfiden nak potong kpd 4...huhu). Di sini ada sedikit was2...rasa seperti lapisan kek perlu disapu permukaannya dahulu dgn coklat ganache tapi kita tak lakukannya.
2. Masukkan choc ganache dan juga cream cheese dlm piping bag yg berasingan
3. Letakkan lapisan pertama kek atas papan kek...kemudian pipingkan cream cheese secara membulat mengikut bentuk kek, mula dotkan di tengah kek dan seterusnya buat lingkaran demi lingkaran hingga ke tepi kek...jarakkan antara lingkaran tersebut. Kemudian jarak antara lingkaran cream cheese tersebut pipingkan pula dgn coklat ganache (faham ke? - tengok gambar ye)


Jarak antara cream cheese tu kena isi/pipekan (secara lingkaran gak) ngan coklat ganache ye...

4. Pastu letak lapisan kek yang kedua, buat step yg sama utk lingkaran...diikuti cara yg sama utk lapisan kek ketiga...dan atas lapisan kek yg keempat letakkan sepenuhnya cream cheese dan ratakan
5. Seterusnya salut keseluruhan kek dgn whipping cream...simpan dlm peti ais utk set
6. Panaskan sekejap coklat ganache (bagi suam2 manja...JANGAN terlalu panas)
7. Kuarkan kek yg tlh set tadi lalu dituang coklat ganache di atasnya hingga menyaluti kek dan bolehlah dihias mengikut kreativiti masing2...siap!


Tadaaa...kek kita tiga lapisan jewww...kalau 4 lapisan tentu lagi cantik kan...kan...kan?

Di bawah ni ada video teknik buh choc. ganache atas kek...rugi kalau tak tengok!

Labels:


Older Post | Newer Post