Pages

Wednesday, 21 December 2011

Puding Roti Ala Hotel

Salam...
Pernah tak makan puding roti kat hotel? ...Hmmm teringat2 akan kesedapannya...so, hari ni kita merajinkan diri bereksperimen dgn puding roti ala2 hotel gitu yang kita dpt resepinya drpd nanirostam,tqvm nani...dan hasilnya alhamdulillah menepati selera tekak kita nih dan rasa macam makan di hotel ler pulak...
Kita menggunakan roti gardenia yang biasa sahaja. Sebenarnya puding roti ni juga boleh menggunakan pelbagai jenis roti spt butterscoth, roti high-fibre dll KECUALI roti canai... nanti hancusss puding mu ittew..ekekeh
Ok, jom tengok resepinya...



PUDING ROTI ALA HOTEL
Sumber : Nanirostam
Olahan : Hajar

6 keping roti (kita guna roti Gardenia yg biasa)
1 cawan susu segar - resepi asal guna susu full cream
1 cawan whipping cream
2 tbsp gula castor
3 biji telur
1 tsp esen vanila
sedikit butter utk disapu pada loyang pembakar
sedikit kismis (kita letak sikit je sebab tak suka)
1 tbsp serbuk kayu manis - optional (kita tak letakpun...takde stok kat umah)
sedikit gula perang
kepingan badam - optional (kita letak banyak2 sebab suka)

1. Sapukan loyang dengan butter. Susun roti memenuhi loyang
2. Satukan susu segar + whipping cream + gula castor + telur + esen vanila, kacau sebati
3. Tuangkan bancuhan no. 2 ke atas roti dan biarkan lebih kurang 10 minit
4. Tabur sekata serbuk kayu manis, gula perang, kismis dan kepingan badam ke atas adunan
5. Bakar dalam preheated oven 160 C selama 30 minit

Sos Curahan Puding

1 tin susu cair / sejat - resepi asal guna susu full cream
1/4 cawan gula atau mengikut manis yg disukai
1 tbsp tepung jagung - dibancuh dgn sedikit air
1 tsp esen vanila - optional

1. Panaskan susu + gula hingga gula larut, masukkan esen vanila
2. Sederhanakan api, masukkan bancuhan tepung jagung
3. Kacau adunan hingga agak likat, angkat...sejukkan
4. Tuangkan sos ke atas puding sebelum dingappp dgn lafaz bismillah...



***Puding ni sedap dimakan ketika ia suam2 manja ataupun sejuk :)

No comments: