TItian perjalanan buat tatapan dan kenangan...: Kek Puding Karamel

Kek Puding Karamel
Thursday, 12 February 2009 | 02:47
0 comment
Lagi resepi kek drpd YaniMyResipi...kek ni memang kesukaan kita, dulu punya ler kagum dan tertanya-tanya camna lapisan karamel leh melekat elok di atas kek...harga tempahan kek ni pun agak mahal, tapi dah suka tetap beli...rupa2nya tidaklah susah membuatnya...rasa kagum lak boleh buat kek ni, ahaksss...ishhh, tak baik rasa kagum ngan diri sendiri!!!...T/kasih kpd Yani kerana tidak lokek berkongsi resepi yg superb ni.



Kek Puding Karamel
Sumber: YaniMyResipi

Bhn Karamel
60 g gula
3 sudu besar air

Bhn Puding
4 biji telur
500 ml susu segar
70 g gula
1/2 tsp esen vanilla

Bhn Kek
70 g tepung (kita guna self-raising flour)-diayak
60 g gula halus
2 biji telur-asingkan putih dan kuning telur
1/4 tsp cream tartar (ni kita tambah sendiri)
20 g mentega-dicairkan

1. Griskan loyang dgn sedikit butter. Panaskan oven 170 C
2. Karamel
(a) Campurkan gula dgn 1 sudu besar air dahulu, panaskan hingga menjadi keperangan.
(b) Tambahkan 2 sudu besar air lagi dan kacau agar gula tidak berketul2, tutup api dan tuangkan terus ke dlm loyang
3. Puding
(a) Panaskan susu + gula hingga gula larut, padamkan api.
(b) Masukkan telur + esen vanila dlm satu mangkuk dan pukul sedikit.
(c) Tuangkan susu panas tadi perlahan2 ke dlm mangkuk telur dan kacau perlahan2 supaya tak berbuih. Tapiskan ke dlm loyang karamel tadi.
4. Kek
(a) Cairkan mentega, ketepikan.
(b) Pukul putih telur + cream tartar hingga berbuih, kemudian masukkan separuh gula (30 g) dan pukul hingga kembang.
(c) Pukul kuning telur dgn separuh lagi gula (30 g) sehingga jadi bentuk krim dlm mangkuk yg lain.
(d) Campurkan kedua2 adunan telur tadi, pukul perlahan hingga sebati.
(e) Campurkan pula tepung ke dlm adunan tadi dgn kaedah kaup balik.
(f) Akhir sekali masukkan mentega cair, kacau sebati. Tuang adunan kek ke dlm loyang puding tadi.
(g) Bakar secara bain-marie selama 40 minit atau hingga masak mengikut oven masing2.
(h) Sejukkan dahulu kek sebelum dikeluarkan dr loyang...dan bolehlah dihidangkan.

Labels:


Older Post | Newer Post