Kita pernah baca citer ni dlm bhs inggeris, so kali ni kita alihbahasakan dlm bhs melayu...so bacalah dgn penuh penghayatan, jgn baca cam citer alih bhs ultraman...nanti hilang 'perasaan' membacanya!
Aku terlanggar seorang yang tidak kukenali semasa berjalan.
"Oh maafkan saya, saya tak sengaja."
Katanya "Tak mengapa, maafkan saya juga, saya juga tak nampak awak tadi."
Kami amat bersopan dan saling menghormati, kami saling bersalaman dan melambai sambil berlalu pergi.
Tetapi di rumah lain pula ceritanya.
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda.
Lewat petang, tika memasak makan malam, anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam.
Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh.
Jerkahku, "Ishhh...buat apa kat sini, pergi main jauh-jauh."
Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku.
Aku tak sedar, betapa kasarnya kata-kataku.
Sedangku berbaring di katil mendengar muzik, terdengar suara halus datang membisik.
"Bila bersama orang tak dikenali, begitu bersopan dan merendah diri...tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci".
"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur, akan kau temui bunga-bunga bertaburan.
Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu...dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu.
Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu... dan kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu dengan jerkahanmu."
Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali, airmataku mencurah ibarat air di kali.
Senyap-senyap ku ke biliknya, dan melutut di katilnya.
"Bangunlah anakku, bangunlah sayang..."
"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk ibu?"
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya di belakang rumah.
Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu...ibu tentu suka terutama yang unggu."
"Maafkan ibu atas sikap ibu hari ini...ibu tak harus menjerkah adik siang tadi."
Katanya,"Tak mengapa ibu, adik tetap sayang ibu melebihi segala." Lalu dia mencium pipiku.
Bisikku, "Ibu pun sayang adik dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu"
Adakah kita sedar, sekiranya kita mati hari ini, syarikat tempat kita bekerja akan senang-senang mendapat pengganti, dalam hanya beberapa hari...
Tetapi keluarga yang kita tinggalkan, akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat. Jika tiada tangisan di mata, mereka tetap menangis di hati...
" HARGAILAH KELUARGA ANDA "
4 comments:
ceritanya begitu mendalam.
any, anak2 akak mmg comel2, aisyah, bukan main happy dia dlm gmbar tuh. anis pon, mcm anak dara dah :)
ank ramai nih, waktu kecil mmg kecoh sgt.
bila dah besar, hmmm.. ibu ayah laa sunyi.
baru2 ini, kami semua adik beradik (6org) lepak johor, rumah adik alis. langsung ke danga bay.
3hari2malam... konon nak bagi ibu ayah peluang berdua2an laa..
rupa2nya, takde maknanyer!
masuk hari kedua, ayah dah bersuara pada ibu: "sunyi yer rumah bile anak2 nih takde..."
kami (dlm hati) : "hehehe.. baru tau sunyi~" :)
kadang-kadang mmg camtulah kita kan..tp bila tgok time dorang tido tu rasa kesian sgt..lg satu bila dh lepas dorang pi sekolah, rasa kesian gak, mklumlah sebelum gi sekolah tu duk membebel je sbb anak liat nak bgun pagi<--merujuk kes sendiri la ni..ngehehe..
salam hajar...suka sgt kisah ni...betul tu.hajar...kalau saya ni bila naik angin..macam apa..pastu fikir balik kesian anak2 ...ish..ish..menarik kisah ni..
To Alis:betul tu alis, mak ayah akak pun kalau lama tak tepon dia...dah sibuk kata kita tak ingat kat depa dah, huhuhu...sebenarnya depa sunyi hidup berdua tanpa anak2...9 org lagi u!
To ZaiY:hihihi, tu anak sorang tu...anak kita yg 5 ni lagi ler becok kita nih, kalau murai dengor bukan setakat tercabut ekor, terus pekak kut murai tu...ahaksss
To Nor:camtu lah kita nor...anggap je sayangkan anak marah2 kan, boleh ke gitu?
Post a Comment