Pages

Saturday, 31 January 2009

Choco Mousse Brownies

'Lord if You won't make me skinny, please make my friends fat' hihihi...jom makan Choco Mousse Brownies, resepi oleh Yani MyResipi...seandainya kita rindu nak makan Double Choc. Gateau ASDA kat Msia nanti, resepi nilah yg akan jadi pilihan...t/kasih Yani kerana berkongsi resepi yg superb ni.



Choco Mousse Brownies


Bahan Untuk Brownies
45 g butter
65 g gula halus
1 biji telur
50 g tepung gandum*
1/2 st baking powder*
1 sb serbuk koko*(*digaul rata dan diayak)

Bahan Untuk Mousse
140 g coklat masakan
1 sb halal gelatin/2 st serbuk agar2(kita guna vegegel)
100 ml air
2 biji putih telur
200 g whipping cream
40 g gula halus

UNTUK BROWNIES
1. Panaskan oven pada suhu 190 C.
2. Pukul butter dan gula hingga kembang/putih.
3. Masukkan telur, pukul lagi lebih kurang 3-4 minit.
4. Masukkan tepung yg telah diayak tadi sedikit demi sedikit ke dlm adunan hingga habis dan digaul rata.
5. Masukkan adunan ke dalam acuan dan bakar hingga 12 - 15 minit, bergantung pada oven masing2. Sejukkan kek

UNTUK MOUSSE
1. Masukkan gelatin ke dalam 100 ml air, kacau rata dan biar 5 minit.
2. Cairkan coklat masakan secara "double-boiler". Kacau hingga cair. Angkat dari periuk dan masukkan gelatin tadi, kacau sebati dan biarkan sejuk.
3. Sementara itu pukul putih telur hingga berbuih, masukkan gula kastor sedikit demi sedikit sambil terus memutar hingga kental.
4. Dalam mangkuk lain, pukul whipping cream hingga berkrim.
5. Satukan coklat tadi bersama whipping cream ke dlm putih telur, kacau perlahan hingga sebati.
6. Tuang adunan ke dalam loyang brownies tadi.
7. Simpan dalam peti sejuk 1 - 2 jam atau hingga mousse keras.
8. Keluarkan dari acuan dan ayak serbuk koko (jika suka) sebelum dihidangkan.

4 comments:

ZaiY said...

hajar ni kan, kalau yg susah2 mcm ni dia mmg suka buat. saya ni pulak, nmpak yg susah skit cenggini mulalah malas nak menerai, lemah semangat betulla...kekeke..

Jasmeen HomeDelight said...

teman udah lama benor print resipi nih..aram nak buatnyer..hahaha..komer gak yg pantas yerr...dlm bz mengepack barang, sempat gak membaking tu...mmg teman salute cikgu a.k.a tuan tanah nih...hehehe

||alis|| said...

hmm.. nmpk sedap. tapi... tu la.. lemah betol nak buat.. lemah semangat! hehehe..
*bak kata kak zaiy*

Hajar said...

To Zaiy:kita menerai ni bukan apa, kut sampai msia nanti, tak terterai-terai...kedai kek kan byk, tokey kek online pun byk jugak...ahaksss

To Jasmeen:jgn salute lebih2 ye, balik msia nanti siapler demer, nanti kut teman nempah je kat demer...

To Alis:lemah semangat nak buat jugak, aduh! camni akak nak buat resepi yg bila org tengok jadi kuat semangat pulakkk...