Lamanya 'umah' ni kita tinggalkan...rasa rindu nak mengupdate ttp rasa byk benda yg tertangguh dan tak terbuat yg mengakibatkan 'umah' ni kita tinggalkan buat seketika.
Alhamdulillah masa yang terluang sedikit ini kita masukkan entri khas untuk anakanda kita Afiqah dan Ahmad Syafi...Untuk Afiqah selamat hari lahir yang ke-11 tahun dan sentiasa di dalam doa agar menjadi anak yang solehah serta cemerlang hidup di dunia mahupun akhirat...amin
Untuk Ahmad syafi pula kita masukkan gambar besdaynya pada 13 Februari yang lepas...walaupun terlewat, gambar ini kita masukkan juga buat kenangan semasa besdaynya yang ke 5 tahun...we love u so so much Syafi...
*********
Kek di atas tu adalah kek yang kita buat untuk besday Afiqah atas cariannya di internet...Resepinya boleh ambik dari SINI . Sesiapa yang ingin mencuba resepi ni pastikan kurangkan kuantiti gulanya kerana biasanya kek dari negara barat ni sangat manis...kurangkan manis dalam makanan, pastikan banyak manis dalam senyuman...
No comments:
Post a Comment