Kek ni kita buat sempena besday anak kita, Afiqah...Kek ni juga dibuat atas permintaannya dan resepi kek ni kita ambil drpd dailydelicious blogspot. T/kasih kerana berkongsi resepi. Kita gandakan jumlah bahan2 drpd resepi asal yg diberi.
Jom makan Oreo Cheesecake
OREO CHEESECAKE
Sumber: Dailydelicious
Base
8 keping biskut oreo (tanpa filling)
30 gm butter (dicairkan)
Filling
100 gm cream cheese
50 gm soucream
60 gm gula halus
Jus lemon drpd 1/2 biji lemon
3 gm kepingan gelatin
1/2 sudu teh esen vanila + sedikit air
150 ml whipping cream
4 keping oreo (tanpa filling)
Hiasan
Whipped cream
Beberapa keping mini oreo
1. Base : hancurkan biskut oreo (masuk dlm plastik n ketuk2kan dgn rolling pin), masukkan butter cair, gaul mesrakan dan tekan2kan dlm acuan. Sejukkan dlm peti ais
2. Rendam kepingan gelatin dlm air sejuk selama 5 minit...toskan airnya dan larutkan gelatin bersama2 esen vanila dan air (letakkan atas mangkuk yg berisi air panas atau panaskan menggunakan microwave selama 10 saat dan kacau hingga larut)
3. Pukul cream cheese hingga ringan, masukkan sour cream dan pukul sebati
4. Masukkan gula, jus lemon dan bancuhan gelatin...sebatikan
5. Pukul whipping cream hingga agak kental (soft peak)...masukkan 1/3 drpd cream ke dlm adunan no. 4
6. Kemudian masukkan semua adunan creamcheese ke dlm cream dan gaulmesrakan
7. Tuangkan separuh adunan filling ke atas base oreo...susun biskut oreo di atasnya dan letakkan separuh lagi adunan filling menutupi biskut oreo
8. Sejukkan dlm peti ais lebih kurang 12 jam
9. Hiaskan dengan whipping cream dan biskut mini oreo sebelum dihidangkan
1 comment:
Salam Hajar&slmt berhujung minggu.tengok kek oreo tu...aduhai nampak sedapnya...yummm.
Happy belated bday buat Afikah,moga jadi anak yg baik dan berjaya nanti.
Post a Comment