Pages

Thursday, 5 March 2009

Bowling Park Primary School Open Afternoon

Open Afternoon ni pertama kali diadakan utk ibu bapa / penjaga melihat persekitaran dan pembelajaran anak2 di sekolah bermula 2.15 ptg hingga 4.30 petang ...best gak gi menjenguk keadaan sekolah anak2...kalau nak citer perbezaan ngan sistem persekolahan di msia terlalu banyak bezanya...kat sini sekolah bermula pukul 8.45 pagi - 3.05 petang, so pagi2 memang tak kalut, budak2 gi sekolah pun rasa selamat sebab hari dah terang benderang, beg memang ringan, kerja sekolah jarang sekali dibawa pulang (selalunya diselesaikan di sekolah), bebudak tak stress dgn peperiksaan so nak jumpa pusat tuisyen kat sini utk bebudak sekolah memang takde...selalu diadakan aktiviti yg menyeronokkan seperti lawatan, hari berpakaian biasa, parti perayaan dsb...hari sukan dibuat biasa2 je, kdg2 tak jemput ibu bapa pun...aktiviti persatuan pun tak paksa murid sertai, nak join...join, tak join pun tak kisah...tengok cikgu kat sini pun tak stress sgt...kalau cuti sekolah, sekolah memang tutup terus...apa2 urusan ngan sekolah, tunggulah sekolah buka semula...lagi satu yg bestnya guru kelas mengajar kebanyakan subjek utk kelasnya, kdg2 sahaja dibantu 2 org guru lain, so perkembangan serta prestasi murid mmg guru kelas tahu dr A-Z...dan yg seronoknya takde yuran yg dikenakan, yg ada hanya bayaran utk minum susu dan buah2an, itupun kalau nak, tak nak tak payah bayar...hmmm, moga anak2 kita dapat menyesuaikan diri dgn sistem persekolahan di msia nanti setelah lama 'bermanja' di sini...(tengah berfikir beg trolley camna nak dibeli buat anak2 nanti?)


Di kaki lima kelas nursery


Tampalan aktiviti2 pelajar di dinding sekolah


Antara info yg terdapat di dinding sekolah


Suasana di dlm kelas Afiqah


Antara kawan2 Afiqah


Info geografi di dlm kelas


Afiqah bersama Mrs. Booth dan pembantu guru


Kelas Anis


Tempat penyimpanan buku2 dan kerja2 sekolah di dlm kelas


Anis dan Kelsey


Di dalam bilik simpanan pakaian sukan


Bersama guru kelas, Mrs. Andrews


Di perkarangan sekolah...beg biru yg ringan dan beg bekalan

9 comments:

||alis|| said...

salam.
wah suka tgk anak2 melayu belajar kat ober-c.

balik nnt anis sabrina ajar kakak plak yer *kakak laa sgt, takpe, perasan muda tak salah kan kak hajar... :P

Anonymous said...

Salam kak...beg 'biru' yg ringan tu pun kekadang hadhirah suh linda yg bawa..hehe tak tau la bila kt msia nanti...

ZaiY said...

apa yg hajar tulis pasal sekolah tu lebih kurang je ngan kt dubai gak, cuma beza tang beg sekolah, yuran n homework. yuran kat sini melampau2 tingginya mengalahkan univ. beg sekolah berat sama mcm kat msia, homwork setiap hari ada tp tak byk la. hari sukan pun cam biasa je kat sini pun. kalau kt mesia sebulan 2 sebelum nk sukan punyalah bizi cikgu, hangit rentung kulit duk latih budak kt tgah panas..huhu..untung kan cikgu kat sana, xstress mcm "kita"..

Hajar said...

To alis: Salam...nak suruh anis ajar apa pada 'kak' alis ni?...takpe alis memang muda lagi, takkan nak paggil aunty kot, tak sesyuaiii u...

To Linda_Shamsul: Kat msia hadhirah suh heret beg, masa tu buat ler gaya2 cam pramugari gitu, idak le rasa terbeban sgt...ahakkks

To ZaiY: tu yg hairan tu...dlm sukan olimpik depa gak yg menang, mana jaguh sukan yg 'kita' train tu???

nor said...

salam hajar...sekolah anak hajar lebih kurang sama le dgn sekolah anak saya kat Dubai ni...mmg follow UK punya syllabus..tapi yg x larat asyik kena pi sekolah ajekan..assembly la..mcm2 projek suruh mak bapa join..kalau tak pi anak tarik muka..hehehhe ngada sungguh kan..mmg jadi manja diaorg kan..

MyLilBundle said...

beruntung sgt2 anak akak sempat masuk sek kt sini..
selalunyer bdak2 yg penah sek kt UK nnti akan kembali ke sini jugak satu ari nnti.. ;)

Jasmeen HomeDelight said...

jauh benor beza silibus skolah kat sana yekk...miker sok, mau kene culture shock..kalo skolah menengah lagi ler teman penin..mcm2 ko-ku..x pegi, potong merit la bagai...teman pun naik fenin...tu blum citer bab beg skolah yg penuh 10kg...kuikuikuikuikui

Hajar said...

To nor:Salam...mmg ada byk gak aktiviti utk ibu bapa sertai, tapi jarang pergi..sib baik depa ok je..hihihi

To shima:betul ke shima camtu...ada rezeki anak2 dapat ler mereka ke sini lagi...

To Jasmeen:tu ler, cikgu kat msia teror ooo...leh jadi jurulatih,polis,bomba,doktor, 'bibik' dsb..huhuhu, tu yg byk cikgu kena darah tinggi tu,bak kata cikgu chah...

cun09 said...

best gak dapat pengalaman anak2 tuuu belajaq kat tempat orang...kena suruh pak menteri kite tengok gak cara sekolah di tempat orang terutama bayaran yuran utk rakyat miskin...