Thursday, 22 December 2011

Melaka

Salam...
Jommm Melaka...
Kami dah!


Pandangan dr bilik apartment Hotel Mahkota, Melaka

Taming Sari Tower...

Tunggu giliran utk naik TST

Di dalam TST

Lepas naik tower, naik motor lak...woha!








Enjoy...

Bye-bye Melaka! Ada rezeki kami datang lagi...

Wednesday, 21 December 2011

Puding Roti Ala Hotel

Salam...
Pernah tak makan puding roti kat hotel? ...Hmmm teringat2 akan kesedapannya...so, hari ni kita merajinkan diri bereksperimen dgn puding roti ala2 hotel gitu yang kita dpt resepinya drpd nanirostam,tqvm nani...dan hasilnya alhamdulillah menepati selera tekak kita nih dan rasa macam makan di hotel ler pulak...
Kita menggunakan roti gardenia yang biasa sahaja. Sebenarnya puding roti ni juga boleh menggunakan pelbagai jenis roti spt butterscoth, roti high-fibre dll KECUALI roti canai... nanti hancusss puding mu ittew..ekekeh
Ok, jom tengok resepinya...



PUDING ROTI ALA HOTEL
Sumber : Nanirostam
Olahan : Hajar

6 keping roti (kita guna roti Gardenia yg biasa)
1 cawan susu segar - resepi asal guna susu full cream
1 cawan whipping cream
2 tbsp gula castor
3 biji telur
1 tsp esen vanila
sedikit butter utk disapu pada loyang pembakar
sedikit kismis (kita letak sikit je sebab tak suka)
1 tbsp serbuk kayu manis - optional (kita tak letakpun...takde stok kat umah)
sedikit gula perang
kepingan badam - optional (kita letak banyak2 sebab suka)

1. Sapukan loyang dengan butter. Susun roti memenuhi loyang
2. Satukan susu segar + whipping cream + gula castor + telur + esen vanila, kacau sebati
3. Tuangkan bancuhan no. 2 ke atas roti dan biarkan lebih kurang 10 minit
4. Tabur sekata serbuk kayu manis, gula perang, kismis dan kepingan badam ke atas adunan
5. Bakar dalam preheated oven 160 C selama 30 minit

Sos Curahan Puding

1 tin susu cair / sejat - resepi asal guna susu full cream
1/4 cawan gula atau mengikut manis yg disukai
1 tbsp tepung jagung - dibancuh dgn sedikit air
1 tsp esen vanila - optional

1. Panaskan susu + gula hingga gula larut, masukkan esen vanila
2. Sederhanakan api, masukkan bancuhan tepung jagung
3. Kacau adunan hingga agak likat, angkat...sejukkan
4. Tuangkan sos ke atas puding sebelum dingappp dgn lafaz bismillah...



***Puding ni sedap dimakan ketika ia suam2 manja ataupun sejuk :)

Monday, 12 December 2011

Macaron...Huhuhu

Salam...
Pertama kali menggunakan resepi macaron ni tak menjadi sebab tak ayak gula icing dan serbuk almonds pd masa tu (agaknya lah)...ingat kali ni nak menggunakan resepi yang lain tetapi serbuk almonds ada 100 g je, so terpaksa gak guna resepi yg sama yg menggunakan tak sampai 100 g serbuk almonds...malang sekali lagi, bancuhan jadi agak cair / tak likat, nak piping pun laju je turunnya...macaron berkaki tetapi tak berapa nak boroi @ naik badannya...huhuhu
So, tengok je lah gambarnya,.. utk berkongsi resepinya tak koser le teman...sbb tak menjadi sgt, maybe resepi ni tak sesuai dgn tangan kita utk mengadunnya...Nanti nak try resepi yg lain, insyaAllah berjaya bolehlah kita sharekan resepinya...
Macaron ni kita taruk inti coklat ganache , kali pertama dulu kita taruk coklat nutella, ok gak rasanya,.. dr segi rasa dah ok coz anak5 kata sedap,.. cuma tu lah, bentuk badannya tak berapa nak boroi!..:(
Jom tengok gambor je...oh macaWRONG ku!

Berkaki, tapi tak boroi@naik kan?

Tinggal satu je...habuan terakhir utk tuan yg membuatnya!

Sunday, 11 December 2011

Pelbagai Peristiwa

Salam...baru berkesempatan update blog kerana ada masalah2 teknikal yang menghalang, huhu...so, pelbagai peristiwa telah tertunggak utk dimasukkan ke dlm blog dan peluang yg ada ini bolehlah dikongsikan di sini dan juga sebagai kenangan kami sefamili...

4 Disember 2011- Ahad

Kenduri arwah Ma dan juga aqiqah untuk anak bongsu kami, Ahmad Syafi diadakan...alhamdulillah majlis berjalan dgn baik walaupun hujan turun waktu petang. Terima kasih kepada tetamu2 yg sudi datang...:)


Kambing panggang...yummy w/p kita sekadar merasa sebab tak suka kambing...hehe

Tetamu pertama yg merasmikan majlis...saper lagi kalau bukan Poksu Jek!

Tetamu kecil yg kiut miut...Naufal

Kakak dan adik ipar hubby...serba pink gitu

Dari kiri...birasku, anak saudara hubby & adik iparku...

Kawan kita...datang dr Jitra

Bersama kakak yang ke-6 dari Brunei...

Tahlil adik beradik sahaja untuk arwah my MIL lepas solat Isya'

8 - 10 Disember 2011 (Khamis-Sabtu)

Program Pemantapan al-Quran di Pusat Islam UUM...anak2 kita, Anis Sabrina, Afiqah dan Muhammad menghadirinya...drpd duk tgk tv, mengadap komputer dan games ipod di rumah, baiklah mereka menghadiri program nih...moga mereka mendapat manfaat daripadanya..

Afiqah, beratur utk majlis penutupan program

Anis Sabrina bersalaman dgn ustazah...sedeyyy dlm tawa

Muhammad yg 'cool' n ' peace' sokmo

Bergambar ramai2 : fasalitator, peserta dan para waris sebelum pulang...

Yeay 30x...seronok kakak n abang nak balik umah...

8 Disember 2011 -Khamis

Bertugas utk SPM di sekolah, subjek Geografi 1 juga merupakan hari peperiksaan terakhir utk kelas 5 Dinamik (kita guru kelas mereka )...Harap mereka lulus cemerlang dlm SPM dan juga utk subjek Geografiku, amin

5 Dinamik 2011...moga mereka cemerlang hidup di dunia dan akhirat...

Thursday, 1 December 2011

Russian Black And White Cake

Kek Russian Black and White ni kita buat sempena besday Muhammad...Resepi ni kita dapat drpd sahabat seperjuangan kita, Ida...Ida dpt resepi kek ni drpd seorang kawannya...Tak taulah resepi kek ni sama atau tidak dengan kek Russian Black And White yang tengah glamer sekarang atau ala-ala kek itu...resepi yg kita dpt ni pun step membuatnya agak tidak lengkap, so kita ikut cara kita sendiri utk menghasilkannya...
Terima kasih kepada Ida yang sudi berkongsi resepi dan juga kepada penyumbang/pencipta resepi kek ini...moga Allah membuka luas lagi pintu rezeki buat mereka...
Nak resepi tak? Kalau nak, ini resepinya...

Russian Black And White Cake

2 cwn tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonat
1 cwn serbuk koko
2 cwn gula halus
1 cwn minyak jagung
1 cwn susu cair
3 biji telur gred A (kita guna 4 biji telur gred B)
1 cwn air panas
1 tsp esen vanila
1 tbsp gliserin (kita terlupa masukkan gliserin, tp ok je moist kek ni)

1. Tepung + serbuk koko + soda bikarbonat + baking powder diayak bersama, ketepikan
2. Dalam bekas yg lain, gula + telur dipukul hingga kembang. Masukkan esen vanilla, susu, minyak dan gliserin, pukul lagi hingga sebati
3. Masukkan bahan yg diayak tadi sedikit demi sedikit secara kaup balik.
4. Akhir sekali, masukkan air panas dan kacau sebati
5. Masukkan dlm loyang saiz 9" dan bakar dlm preheated oven 180 C selama 1 jam atau sehingga masak (kita guna suhu 170 C utk oven kita yg kiut)

Sementara tunggu kek masak, buat Coklat Ganache

Coklat Ganache

750 g coklat masakan -diparut/dipotong kecil2(kita guna dark cooking choc)
600 g fresh cream (product rich)
2 tbsp golden syrup
(kita rasa elok dikurangkan sedikit fresh creamnya kepada 350 g mungkin,.. agar ganache kental sedikit)
1. Panaskan fresh cream sehingga hampir didih.
2. Tutup api, masukkan coklat masakan dan kacau hingga coklat cair dan larut.
3. Masukkan golden syrup, kacau sebati...ketepikan

Filling Cream Cheese

250 g cream cheese
125 g mascarpone cheese (kita takde stok mascarpone, jadi kita gantikan 100 g cream cheese + 25 g whipping cream)
1 sudu kecil Nescafe + sedikit air (sesiapa yg tak suka rasa kopi boleh omit)
1 - 2 tsp gula icing (kita letak 3 tsp coz tak guna mascarpone cheese)

1. Pukul cheese hingga lembut, masukkan gula dan bancuhan Nescafe dan pukul sebati

Salutan Kek

200 g whipping cream dipukul hingga soft peak

Kemenjadian Kek (step ni cara kita ye sbb step asal resepi tidak lengkap...betul atau tak, wallahualam)

1. Kek yang telah masak, dikeluarkan dr loyang dan sejukkan. Balut kek dgn cling film dan sejukkan at least 1 jam dlm peti ais (step ni utk mudah kita memotong kek). Kuarkan kek dan kek dipotong kepada 4 lapisan (kita potong kek kpd tiga lapisan, masih tak konfiden nak potong kpd 4...huhu). Di sini ada sedikit was2...rasa seperti lapisan kek perlu disapu permukaannya dahulu dgn coklat ganache tapi kita tak lakukannya.
2. Masukkan choc ganache dan juga cream cheese dlm piping bag
3. Letakkan lapisan pertama kek atas papan kek...kemudian pipingkan cream cheese secara membulat mengikut bentuk kek, mula dotkan di tengah kek dan seterusnya buat lingkaran demi lingkaran hingga ke tepi kek...jarakkan antara lingkaran tersebut. Kemudian jarak antara lingkaran cream cheese tersebut pipingkan pula dgn coklat ganache (faham ke? - tengok gambar ye)


Jarak antara cream cheese tu kena isikan ngan coklat ganache ye...

4. Pastu letak lapisan kek yang kedua, buat step yg sama utk lingkaran...diikuti cara yg sama utk lapisan kek ketiga...dan atas lapisan kek yg keempat letakkan sepenuhnya cream cheese dan ratakan
5. Seterusnya salut keseluruhan kek dgn whipping cream...simpan dlm peti ais utk set
6. Panaskan sekejap coklat ganache (bagi suam2 manja...JANGAN terlalu panas)
7. Kuarkan kek yg tlh set tadi lalu dituang coklat ganache di atasnya hingga menyaluti kek dan bolehlah dihias mengikut kreativiti masing2...siap!


Tadaaa...kek kita tiga lapisan jewww...kalau 4 lapisan tentu lagi cantik kan...kan...kan?

Di bawah ni ada video teknik buh choc. ganache atas kek...rugi kalau tak tengok!