Sunday, 25 September 2011

Cheese Tart

Salam...
Cheese Tart yang satu ni memang dah glamer...alhamdulillah ada yang tak kedekut berkongsi resepi Cheese Tart yg mabeles ni hingga cara2 nak buat corak atas cistat pun ada ditunjukkan tekniknya...kita punya ada dua versi fillingnya, dua-dua pun sedap...Resepi filling yang pertama kita dpt daripada Blog Hasue dan filling kedua kita dapat dari westernfood.yolaside.com, resepi tart shell/crust adalah mengikut resepi Hasue, memang sedang elok crustnya...Mohhh kita tengok resepi...T/kasih Hasue dan cikgu Norasikin atas perkongsian ilmu ni dan juga pencipta resepi asal cistat ni :)



Blueberry Cheese Tart
Sumber: Hasue

Tart Crust / Shell

170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :

1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
5. Bakar pada suhu 170C sehingga masak. ***anggaran 15-20 minit ikut oven msg2


Nota kaki makan:
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat. ***kita guna telur gred B dan jadikan tepung 300 gm

Cream Cheese Filling 1

250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Filling :
Blueberry ( boleh ikut kesukaan filling masing2 jugak spt stroberi, oren etc.)

Cara-cara :

1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
3. Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filling..lebih sedap!
4. Picitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.
5. Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna.
6. Kacau rata2 hingga mendapat warna yang diinginkan.
7. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
8. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik...)
9. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut.
10. Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.***Kita bakar selama 8 minit

Cream Cheese Filling 2
Sumber : Cikgu Norasikin

250g cream cheese
3 cmb gula castor
2 cmb mentega
1 bj telur
6 cmb krim putar (whipping cream)
2 cmb tepung gandum
2 cmb blueberry filling

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese, mentega dan gula Masukkan telur dan krim putar dan kacau lagi sehingga sebati.
2. Masukkan tepung gandum dan kacau menggunakan teknik kaup balik sehingga semuanya bercampur rata.
3. Ambil sedikit blueberry filling dan masukkan ke dalam kulit tat.
4. Sudukan sedikit adunan tat keju menutupi seluruh blueberry filling. Jangan isi terlalu penuh. Sebaik-baiknya melebihi 3/4.
5. Titikkan sedikit blueberry filling dibahagian atas dan lorekkan menggunakan lidi yang tajam untuk membuat corak dan hiasan.
6. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180C selama 10 minit sehingga masak.

Tips untuk dapatkan cistat yang gebu dan montok(mengikut pengalaman Kak Azita.) :

1. Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).
2. Keluarkan cream cheese 30 ~ 40 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
3. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
4. Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.

Saturday, 24 September 2011

Jom Buat Kek Kuali

Salam...
Hehe...Kek Kuali? Jangan terkujat ye, sebenarnya pancake ler tu...Pancake ni menjadi kegemaran anak no. 2 kita Afiqah...suka benor dier...kalau masa kita bebudak dulu...kita panggil lempeng dan paling glamer lagi namanya tepek tepung (agaknya tepung tu ditepek2 dlm kuali)...tak tau pun perkataan pancake nih...mak kita suka buat lempeng pisang...huhuh, rindu betul lempeng pisang mak :(
Jom hari ni kita buat Pancake sama2...kita pernah buat resepi ni semasa kita gila-gila berfotopages dolu-dolu...masa tu pancake kita bentuknya tak brp cantik...hari ni ada le nampak comey sikit berbanding dlm fotopages...hehehe, perasan...pancake ni sedap makan ngan sirap maple, sos coklat, madu, krim putar hatta jem buah-buahan ataupun mkn gitu saja pun ok...ikut kesukaan masing2, takde saper pun kisah kan...





Pancake

3 sudu besar butter-dicairkan (kalau malas nak cairkan butter, guna minyak masak pun ok)
1 biji telur
1 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula
1 cawan susu segar
1 sudu besar jus lemon - kalau tak letak pun takpe, selalunya kita omitt
secubit garam

1. Campurkan semua bahan, guna blender...blend sebati
2. Biarkan adunan selama 10 minit**
3. Tuangkan sesudu adunan dlm kuali non stick yg tlh panas
4. Balikkan adunan bila nampak permukaannya berbuih
5. Biarkan seketika, bolehlah diangkat

**kalau tak sabar...terus le tuang dlm kuali, takyah tunggu 10 minit

Friday, 23 September 2011

Fuhhh...fuhhh...

Salam pagi Jumaat...fuhhh...fuhhh...banyaknya habuk dan sawang 'umah' ku ini...al-maklum dah hampir setahun tak berjenguk...huhuh...Hari ni w/p keje byk tak setel lagi, cuba2 gak nak hias balik 'umah' nih w/p raya tinggal brp hari je lagi nak habis...rasanya masih boleh ucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin kepada kwn2 kot-kot tersinggah di 'umah' kita ni :)
Sempena nak meriahkan balik 'umah', kita nak jamu 'ter'tamu yg dtg 'umah' kita ni dengan Kek Karamel...kek ni sedap sesangat.., so kena jamulah kan?, yang sedap2... kot jamu yg tak sedap, apa lak kata 'ter'tamu...hihi..
Resepi ni kita dapat drpd Blog Masam Manis Azlita yg sgt rajin n kreatif lagi tersohor tu...alhamdulillah, kek ni menjadi w/p pestaim buat...kita ikut sebijik sejebon camner kak Ita buat, tak derhaka resepipun...T/kasih kepada kak Ita atas perkongsian resepi yg mabelesss lagi superb...yukkk, kita cuba sama2 dan makan sama-sama...besssttt.
Kita 'C n P' dan edit je resepi dr blog kak Ita, halal ye! Nak tgk step by step silalah ke umah kak Ita nun...



Kek Karamel
(Sumber: Blog Masam Manis)

Gula Hangus


2 sudu besar gula pasir

1. Sediakan loyang 8 inc.
2. Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
3. Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
4. Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
5. Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
6. Ketepikan

Bahan Karamel

1/2 tin susu cair ( anggaran 200 ml)
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

1. Kacau susu dan gula hingga gula larut.
2. Kacau kuning telur dan esen perlahan2.
3. Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
4. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
5. Ketepikan.

***Kalau nak dapatkan lapisan karamel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )

Adunan Kek

3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak
70g gula kastor
140 gm tepung gandum - ayak
1 sudu teh baking powder -ayak


1. Pukul telur kuning, air dan minyak sampai gebu dan bertukar kpd warna putih.
2. Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
3. Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
4. Masukkan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
5. Ketepikan.

Meringue

6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tartar

1. Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering dan tidak berminyak
2. Pukul putih telur hingga berbuih
3. Masukkan gula dan krim of tartar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. Kalau kita terbalikkan mangkuk adunan, putih telur tu tidak jatuh
4. Masukkan 1/3 bahan meringue ke dalam adunan tepung tadi. Gaul rata secara kaup balik
5. Kemudian masukkan semua baki adunan meringue dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.
6. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
7. Letakkan pewarna yang anda sukai. (Kita guna warna hijau, merah dan kuning)
8. Kemudian tuangkan adunan kek ni mengikut giliran warna ke atas karamel tadi.
Contohnya, tuang 3 sudu lapisan hijau, kemudian 3 sudu lapisan merah di tengah-tengah lapisan hijau. Kemudian tuangkan pula 3 sudu lapisan kuning di tengah-tengah lapisan merah. Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula. Akhir sekali dengan satu sudu.
9. Lorekkan atas adunan dengan lidi. (Kita tak lorek pun)
10. Panaskan oven pada suhu 170 C terlebih dahulu.
11. Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang lebih besar yg berisi air panas (kaedah steam bath)
12. Bila dah masukkan kek dalam oven (rak paling bawah), tukar pada suhu 160C (Gunakan api bawah sahaja)
13. Bakar kek selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
14. Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak, biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang dr tepi loyang.
15. Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri. Lapkan air gula yg meleleh pada kek dan pinggan utk mengelakkan kek basah.
16. Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
17. Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
***Kek ni juga sedap di makan setelah disejukkan dlm peti ais.

Nota kaki makan: kak Ita kata, kek ni pernah jadikannya 'mok-mok' kerana makan selalu (2 thn tak mkn nasi nak dpt lik shape), so bila nak mkn kek ni jgn tak hengat donia ye...kesan sampingan adalah atas tggjwb sendiri ye...ekekeh :)