Friday, 12 November 2010

Chocolate Eclairs



Chocolate Eclairs ( Menghasilkan +- 14 CE )

Pastri
60 g tepung gandum, ayak
50 g butter
150 ml air ais (guna air dr peti ais)
2 biji telur, dipukul

Filling dan hiasan
300 ml double cream
1 tbsp gula icing
125 g plain chocolate, cincang
40 g white chocolate, cincang

1. Untuk pastri. Ayak tepung. Masukkan butter dan air dlm periuk, panaskan hingga butter cair dan apabila mendidih, angkat.
2. Terus masukkan tepung dlm bancuhan butter dan kacau cepat2 hingga bancuhan sebati/likat yang mana bancuhan tidak melekat dalam periuk. Biarkan sejuk selama 3 minit.
3. Masukkan telur yg telah dipukul tadi ke dlm doh sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga doh kelihatan agak berkilat.
4. Gris dan percik2kan sedikit air atas dulang pembakar. Masukkan pastri dlm piping bag yang telah diletakkan plain nozzle 1 cm.
5. Pipekan pastri menjadi bentuk jejari sama panjang +- 7.5 cm. Boleh juga guna sudu untuk membentuk jejari pastri ni.
6. Bakar dlm preheated oven 200 C lebih kurang 35 minit sehingga pastri kelihatan naik dan nampak garing kuning keemasan (ikut kesesuaian oven masing2 ye.) Setelah masak, angkat sedikit tepi setiap eclairs utk melepaskan wap panas yg terperangkap kemudian pindahkannya ke jejaring redai, biarkan sejuk.
7. Untuk filling dan hiasan. Pukul krim bersama gula icing hingga kental. Belah 2 eclairs tapi jangan putus, kemudian sudukan atau pipekan krim ke dalam eclairs.
8. Cairkan plain dan white chocolates dalam mangkuk yg berasingan dgn kaedah double boil. Sapu sedikit plain chocolate atas setiap eclairs dan letakkan sedikit white chocolate di tengah2nya dan buat swirl menggunakan sudu ataupun lidi cocktail. Biarkan chocolate agak mengeras sedikit sebelum dihidangkan.

**CE ini resepi ulangan semasa berfotopages dulu...dulu versi BI ( boleh tengok dlm fotopages kita), la ni kita terjemahkan dalam BM (harap2 terjemahan kita ni betul...:)

Friday, 5 November 2010

Oreo Cheesecake



Tak perlu beli di SR lagi...besttt. Tq kepada ummizaihadi.

Oreo Cheesecake

Bahan-bahan ( (loyang bulat 8 inci) )

Base:-

30 keping biskut oreo (buang cream tengah)-kisar halus* kita guna satu paket

1/4 cawan butter - cairkan


Bahan Filling:-

16 oz (2 cawan) cream cheese - lembutkan

1/2 cawan gula halus

1/2 sudu teh esen vanila

1/2 cawan sour cream

2 biji telur

1 cawan oreo yang dicincang halus


1.Untuk Base:- Gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.
2.Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati.
3.Masukkan sour cream dan pukul sebati. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.

4.Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata.

5.Bakar secara "steam bake" (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak.

6.Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/semalaman.

***Kita selalu bakar ciskek menggunakan suhu 160 C selama 1 jam

Wednesday, 3 November 2010

Cotton Soft Japanesse Cheesecake

Cotton Soft Japanesse Cheesecake



Bahan A:
250g cream cheese - kita guna 300 g
50g butter
100ml fresh milk
6 biji kuning telur
1 tbsp jus lemon - kita omit
1/4 tsp garam
60g tepung kek / tepung superfine - kita guna self-raising flour
20g cornflour

Bahan B:
140g granulated sugar
7 biji putih telur - kita guna 6 biji
1/4 tsp cream of tartar atau 3/4 tbsp jus lemon

1. Dengan cara double boil, campur dan cairkan cream cheese, butter dan freshmilk.
2. Bila dah mencair, angkat dan biarkan adunan sejuk.
3. Masukkan tepung kek, cornflour, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese yg tlh sejuk tadi dan kacau sampai rata. Gunakan whisk yang kecil agar adunan cepat rata dan tdk berbintil2
4. Mixer putih telur bersama cream of tartar, sampai berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan mixer lagi sampai kental (soft peak)
5. Ambil sedikit demi sedikit adunan bahan B dan masukkan ke dalam adunan bahan A, kacau sebati
6. Siapkan loyang size 8 in, gris dgn margarine dan alas dengan kertas baking
7. Bakar dgn cara bain-marie (waterbath), dengan suhu 160C selama 1 jam.

Cara membakar dengan waterbath:

Sediakan satu dulang yg sizenya lebih besar daripada loyang cake. Tuang dengan air sejuk dan letakkan loyang berisi adunan cake di dlmnya. Tinggi air separuh dari tinggi loyang. Jangan masukkan air panas,kerana ini akan menyebabkan cake menjadi bantat dan cheesenya akan mengeras di bahagian bawah.


Silalah...bismillahirrahmanirrahim
***T/kasih kpd Loveliana yang berkongsi resepi ini.