Wednesday, 29 April 2009

Hari Keluarga Rumpun Bradford '09

Tarikh : 25.04.09-Sabtu
Tempat : Bolton Abbey, Skipton
Ulasan : Seronok sesangat...yelah, gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati...cuaca pun nyaman je...nilah hari keluarga yg terakhirnya sebelum kami sekeluarga berangkat pulang ke Malaysia Mei ini...t/kasih buat warga rumpun Bradford...korang sumer memang besttt, moga ikatan persaudaraan sesama kita akan tetap utuh terjalin hingga hujung nyawa..."Rumpun bersatu, Rumpun teguh"!



Sampai awal seblm kul 9 am...sembang2 ler dulu sambil tunggu pintu pagar dibuka...


Sempat gak berposing...


Begitu gak kaum hawa...posing jgn tak posing...


Anak2 juga dipaksa berposing...ngehngehngeh


Sampai je ke tapak lokasi, khemah mula nak dipacak...


Khemah dah terpacak...posing lagi, adalah yg lenguh bengkokkan kaki masa posing nih...yelah, bukan 1 kamera tapi 5-6 kamera!


Aktiviti bakar sate bermula...model yg duduk tu hanya berlakon je nih...kuikuikui


Ini baru 'real'...


Sambil bakar sate...dengar tazkirah oleh Ustaz Masrur...


Juga sedikit ucapan perpisahan oleh suamiku...huhuhu


Cenderahati buat kami, disampaikan oleh Penghulu Tuan Hj. Nik...t/kasih Rumpun Bradford...ia akan jadi kenangan yg terindah buat kami...


Upacara makan2 pun bermula...ni antara makanan sampingan yg ada...


Penjaga makanan dan minuman secara 'sukarela@dibiarkan ibu'...ahaksss


Antara games utk anak2...tak terbangpun tepung ditiup si Muhammad nih...


Ini games utk bapak2 budak laks...lari ngan bola mcm gorila...ekekekeh


Games 'Musang Berjanggut' utk kaum ibu...group kita sajer takmo menang sebab kalau menang bukannya dpt kawin ngan anak raja pun...sumer dah ada laki, muahahaha...


Posing dgn hadiah2 yg akan bertukar tangan...


Dua ibu yg duduk tu bakal menimang cahayamata...tahniah, jaga diri baik2 tawww...


Kenangan 'bertiga' ngan Kak Haiza@ustazah rumpun...


Kaum adam bergambar beramai2 sebelum pulang...


Selamat tinggal Bolton Abbey...

Friday, 24 April 2009

Selamat Hari Jadi Mohd Kamal

Selamat Hari Jadi buat suamiku, Mohd Kamal...moga sentiasa ceria dan gumbira hidup di samping kami (isteri & anak5) dan sentiasa di dalam peliharaan-Nya...amin

Sunday, 19 April 2009

Ubi Kayu

Terkenang semasa dulu...
Jepun memerintah tanah melayu...
Hari-hari makan ubi kayu....
Sampai kaki naik kematu...

Hihihi...jom layan resepi berasaskan ubi kayu pulak...mula2 kita buat Bingka Ubi Kayu...ini kes teruja tgk kat MyResipi dan di umah ZaiY Dubai ler nih, so rasa tingin nak mkn lak sebab sejak dtg sini ada 2 atau 3 kali je mkn bingka nih...tapi bab nak parut ubi tu yg lemah semangat, sib baik suami nak tolong parutkan...so dapat ler makan bingka ubi kayu, kalau idak...rebus je ler jawabnya...ekekekeh



Bingka Ubi Kayu
Sumber kakfiza@MyResipi

2 kilo ubi kayu kuning @ putih
2 1/2 cawan gula pasir - kita guna gula putih + gula merah
4 1/2 cawan santan pekat
1 sudu teh garam
Sagu dari ubi kayu

1. Ubi kayu dibuang kulit dan dibersihkan.
2. Sagat ubi dgn sagat kelapa.
3. Setelah habis sagat, perah ubi dgn kain bersih utk mengeluarkan airnya.
4. Air dari perahan tadi jangan terus dibuang...biarkan 20 min di dlm mangkuk @ besen.
5. Setelah itu tuang air perahan tadi perlahan2 dan kita akan dapati sagu ubi kayu.
6. Kemudian campur ubi kayu, sagu, gula, garam dan santan...gaul hingga sebati.
7. Tuang adunan dlm acuan yg telah disapu dgn minyak kelapa @ butter.
8. Bakar dlm oven 180 C selama 11/2 jam @ sehingga masak.

Disebabkan ada seketui lagi ubi kayu...beberapa hari selepas buat bingka ni, kita buat Penjan Ubi Kayu...kat kpg kita nun di Perak panggil penjan, kat kpg org lain...negeri org lain, idak ler teman tau namenye...tapi sukatan utk resepi ni takde sebab mudah je nak buatnya, main campak2 jer...hihihi



Penjan Ubi Kayu

Ubi kayu - dikupas kulit, bersihkan dan direbus empuk
Gula
Air secukupnya

1. Masukkan gula dlm periuk dan cairkan spt nak buat karamel
2. Bila gula dah keperangan, masukkan air...kacau dan tambah lagi gula
3. Biarkan air gula agak likat, masukkan ubi kayu rebus, gaul mesrakan...angkat
4. Makan taim dah suam2...kalau taim panas2 kot lebor lidah...hikhikhik

Dan yg terakhirnya, tiada kaitan dgn ubi kayu tapi ada kaitan ngan Jepun pulak...iaitu award bunga Sakura yg diberikan oleh Aishah yg berada di Jepun...t/kasih Aishah...tiba2 kita tingat satu tajuk lagu 'Sekuntum Bunga Sakura di Gurun Sahara' nyanyian Kumpulan Mega...

Thursday, 16 April 2009

Sup Ekor dan Ayam Bakar Mayonis

Dah nak dekat balik msia baru dapat masak dan makan sup ekor...balik msia nanti main oder je kot, sonang kojo den...hihihik



Sup Ekor Resepi Chef Wan

125 ml @ 1/2 cwn. minyak sayuran
500g ekor lembu, dibersihkan dan dipotong-potong
2 sudu besar ketumbar serbuk
1 sudu besar jintan putih/halus serbuk
1 sudu besar jintan manis/kasar serbuk
1.5 sudu besar tomato puri
1.5 liter @ 6 cwn. air
1 batang lobak merah, dikupas dan didadu
1 biji ubi kentang, dikupas dan didadu
2 batang saderi, didadu
garam
lada hitam yg. baru dikisar
daun ketumbar, dhiris-hiris
bawang goreng

Rempah Tumis

4 bj. buah pelaga
1 cm kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang

Dikisar Halus-halus

10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
1cm halia

1. Panaskan minyak sayuran di dalam periuk. Tumis ekor lembu sehingga perang sedikit. Angkat dan toskan.
2. Di dalam minyak yg. sama, masukkan rempah tumis dan bahan kisar dan goreng sehingga naik baunya.
3. Tambah ketumbar, jintan putih/halus, dan juga jintan manis/kasar serbuk dan kacau di atas api kecil selama 3-4 minit sehingga wangi. Campur tomato puri.
4. Masukkan ekor lembu, tambah air dan renihkan.
5. Tambah lobak merah, ubi kentang dan saderi. Renihkan selama 1 jam 45 minit sehingga ekor lembu empuk. Perasakan dengan garam dan lada hitam.
6. Hias dgn. daun ketumbar dan bwg. goreng sejurus sebelum menghidang.

Ayam Bakar Mayonis ni kita ambik dr resepi vdia@MyResipi, selalu gak buat sebab mudah dan pada selera kita mmg sedap ayam ni, samada dimkn ngan nasi ataupun ratah begitu saja...jom layannn



Ayam Bakar Mayonis

8 ketul drumstick
1 sudu besar mayonis
1 kiub ayam
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram

Lada hitam secukupnya-tumbuk
2 ulas bawang putih-tumbuk
1/2cm halia-tumbuk

1.Perap ayam dengan semua bahan-bahan di atas dalam 1/2 jam (Lagi lama perap, lagi sedap) 2.Bakar hingga masak.

Monday, 13 April 2009

Simple Chocolate Cupcakes dan Award

Lama dah kita tak masuk n3 resepi dlm blog kita ni...kurenggg semangat dah nak masukkan resepi masakan tapi makan tu tak lak pulak kurenggg...hihihi. Kali ni kita buat cupcakes setelah teruja a.k.a terliur melihatnya dlm FP RinnChan, yg mana bersumberkan resepi Maklang Azie...memang best cc ni, moist dan yg penting cc tak lekang dr casingnya, mudah nak letak icing...t/kasih kpd Maklang yg memang tak kedekut berkongsi resepi yg superb2 dan Kak RinnChan yg sama2 tolong promosi resepi ni...kita CP je resepi nih dr FP RinnChan, t/kasih.



Simple Chocolate Cupcakes
Sumber : Maklang


Bahan-bahan A (diayak)

2 cwn tepung serbaguna/tepung gandum
1 cwn serbuk koko
2 tsp baking powder
2 tsp soda bikarbonate
3 tsp serbuk instant nescafe
Secubit garam halus

Bahan-bahan B :

2 cwn gula castor
1 cwn minyak jagung/minyak masak
1 cwn susu cair
3 biji telur

Bahan C :

3/4 cwn air panas

1. Di dalam mangkuk pengadun, campurkan semua bahan A.
2. Di dalam bekas lain, campurkan semua bahan B dan pukul sebati.
3. Putar bahan A perlahan2 sambil dimasukkan bahan B sedikit demi sedikit sambil terus memutar. Lajukan putaran sehingga semua sebati.
4. Tuangkan air panas dan putar sebati.
5. Isikan ke dalam paperliners atau souffler.
6. Bakar pada suhu 175 C selama 20min-25min bergantung kpd oven masing-masing.





Ini pula award yg cantik lagi 'pink color' yg kita ambik dr 'umah' Aishah kat Jepun nun...tentu taim spring ni Aishah seronok tengok bunga2 sakura yg sedang berkembang, t/kasih buat Aishah yg tlh meninggalkan pesan supaya kita ambil award ni...dan kepada sesiapa jua yg singgah kat blog kita ni, sudi2kanlah membawa award ni ke 'umah' masing2...

Thursday, 9 April 2009

Kabinet Baru


Senarai Penuh Barisan Kabinet Baru

Sumber: Utusan Malaysia

Senarai penuh barisan Kabinet baru yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak

PERDANA MENTERI : Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin

JABATAN PERDANA MENTERI:

Menteri:

1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)

2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)

3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)

4. Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan Menteri:

1. Datuk Liew Vui Keong

2. Datuk Dr. Mashitah Ibrahim

3. Datuk S.K. Devamany

4. Ahmad Maslan

5. T. Murugiah

KEMENTERIAN KEWANGAN:

Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak

Menteri II: Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Timbalan Menteri:

1. Datuk Chor Chee Heung

2. Datuk Dr. Awang Adek Hussin

KEMENTERIAN PELAJARAN:

Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan Menteri:

1. Datuk Dr Wee Ka Siong

2. Dr. Mohd Puad Zarkashi

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN:

Menteri: Datuk Ong Tee Keat

Timbalan Menteri:

1. Datuk Abdul Rahim Bakri

2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

KEMENTERIAN PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:

Menteri: Tan Sri Bernard Dompok

Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainudin

KEMENTERIAN DALAM NEGERI:

Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan Menteri:

1. Datuk Wira Abu Seman Yusop

2. Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:

Menteri: Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim

Timbalan Menteri:

1. Datuk Joseph Salang Gandum

2. Senator Heng Seai Kie

KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:

Menteri: Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan Menteri: Noriah Kasnon

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:

Menteri: Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan Menteri:

1. Datuk Hassan Malek

2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI:

Menteri: Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan Menteri:

1. Datuk Dr. Hou Kok Chung

2. Datuk Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:

Menteri: Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan Menteri:

1. Datuk Mukhriz Mahathir

2. Datuk Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:

Menteri: Datuk Dr. Maximus Ongkili

Timbalan Menteri: Fadillah Yusof

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:

Menteri: Datuk Douglas Uggah Embas

Timbalan Menteri: Tan Sri Joseph Kurup

KEMENTERIAN PELANCONGAN:

Menteri: Datuk Ng Yen Yen

Timbalan Menteri: Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:

Menteri: Datuk Noh Omar

Timbalan Menteri:

1. Datuk Johari Baharum

2. Datuk Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PERTAHANAN:

Menteri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Menteri: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN KERJA RAYA:

Menteri: Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan Menteri: Datuk Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN KESIHATAN:

Menteri: Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN:

Menteri: Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan Menteri:

1. Datuk Razali Ibrahim

2. Wee Jeck Seng

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA:

Menteri: Datuk Dr S.Subramaniam

Timbalan: Datuk Maznah Mazlan

KEMENTEIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:

Menteri: Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan Menteri: Datuk Tan Lian Hoe

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:

Menteri: Datuk Kong Cho Ha

Timbalan Menteri: Datuk Lajim Ukin

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:

Menteri: Datuk Seri Sharizat Jalil

Timbalan Menteri: Datin Paduka Chew Mei Fun

KEMENTERIAN LUAR:

Menteri: Datuk Anifah Aman

Timbalan Menteri:

1. A. Kohilan Pillay

2. Datuk Lee Chee Leong

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN:

Menteri: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Timbalan Menteri: Datuk M. Saravanan

Tuesday, 7 April 2009

Selamat Hari Jadi Afiqah



Selamat hari jadi yang ke-7 buat Afiqah...moga menjadi anak yg solehah dan sentiasa di dalam peliharaan-Nya...sempena besday dia ni, bila ditanya nak kek apa...dia jawab nak kek coklat yg ada arnab sedang mengejar rama-rama...huhuhu, ibu dia terpaksa ler cakap kek ada rama-rama jelah dulu, arnab sedang bercuti sempena easter nih...sib baik dia ok je...hihihi, tapi dia tau auta ibu dia yg memang tak reti sgt bab2 nak melukis nih, sbb rama-rama yg terhasil atas kek tu cam tak jadi je...ahaksss, apa-apa pun kek tu terhasil dr hati dan diadun dgn penuh kasih sayang utk mu Afiqah...Selamat Hari Jadi.


Kek untuk Afiqah


Yang ni kek surprise utk kita dr suami pd bulan lepas...t/kasih abang, muahhh