Friday, 20 February 2009

London (15-17/02/09)

Ini bukan rombongan Cik Kiah, tapi rombongan budak sekolah ke London...hihihi, layannnz because a photo is worth a thousand words!


Penat ooo naik ketapi gi London...


Sherperd's Bush


Oxford Street


Westminster...


Nampak condong lak Big Ben tu...


Dalam capsule, London Eye


Gayat ke Syafi???


Houses of Parliment dari pandangan London Eye


Menyusuri River Thames


Hampir sampai ke Tower Bridge


Tower Bridge...di mana Aisyah?


Aisyah dlm stroller...


Lunch di Malaysia Hall...muka kenyang


Wellington Arch


Buckingham Palace


Afiqah...


Senja di Green Park


Harrods...hanya dr. jauh


Dinner di Satay House...tunggu makanan


Sate, nasi goreng, nasi putih, sayur campur, kari ayam, ABC, milo ais, sirap cincau...jemput makan...


Depan Park Royal Travelodge-selepas check-out


Kete yg nak bawa balik msia...ahaksss


Dari sini menuju ke...


Piccadilly Circus


T/kasih ye...bawa kami jenjalan London, muahhh


Trafalgar Square


Sesekali gambar berdua...


Di hadapan Tourism Malaysia


London Central Mosque




Dalam ketapi...nak balik dah ke Kpg Bradford, bye-bye London!

Thursday, 19 February 2009

Award dan Tag









Award ni baru nak ambik dan dipamerkan di sini, t/kasih Intan kerana sudi bagi award sampai 4 sekaligus, kalau kena bg ucapan masa ambik award ni mau gagap dibuatnya...hihihi, t/kasih sekali lagi utk Intan.

Tag ni pula diberikan oleh Pn. Gee...syarat yg dikenakan:

Go to your photos folder in your computer.
Go to the 6th folder of photos.
Go to the 6th picture in that folder.
Put the picture on your blog and description of it.
Invite six friends to join the challenge.
Link them in your blog and let them know they have been challenged

Hasilnya:



Gambar snow turun pada pukul 10 malam, disebabkan kamera tak canggih gambarpun tak canggih gak..huhuhu

***kalau tak bagi saper2 tag ni leh tak...atau kena tok ketampi 666 x ???***

Friday, 13 February 2009

Ahmad Syafi


Kelahirannya sangat mendebarkan kerana buat keempat kalinya kita menjalani pembedahan utk melahirkan...namun alhamdulillah segalanya selamat w/p semasa dlm bilik pembedahan pelbagai kejadian yg menyebabkan hati berdebar2 dan terdetik di hati, 'nak mati ke ni ? ya Allah...ampunkan dosaku, apa jua yg berlaku, biarlah aku sempat melihat anak yg dilahirkan ini...'
Dan hari ni genaplah umur Ahmad Syafi satu tahun...moga menjadi anak yg soleh dan sentiasa di dlm peliharaan-Nya...amin


Dulu...

Sekarang...


Chiskek yg simple je utk birthday boy

**Gambar atas sekali, kad birthday yg diberi kpd baby yg 'born in bradford'

Thursday, 12 February 2009

Kek Puding Karamel

Lagi resepi kek drpd YaniMyResipi...kek ni memang kesukaan kita, dulu punya ler kagum dan tertanya-tanya camna lapisan karamel leh melekat elok di atas kek...harga tempahan kek ni pun agak mahal, tapi dah suka tetap beli...rupa2nya tidaklah susah membuatnya...rasa kagum lak boleh buat kek ni, ahaksss...ishhh, tak baik rasa kagum ngan diri sendiri!!!...T/kasih kpd Yani kerana tidak lokek berkongsi resepi yg superb ni.



Kek Puding Karamel
Sumber: YaniMyResipi

Bhn Karamel
60 g gula
3 sudu besar air

Bhn Puding
4 biji telur
500 ml susu segar
70 g gula
1/2 tsp esen vanilla

Bhn Kek
70 g tepung (kita guna self-raising flour)-diayak
60 g gula halus
2 biji telur-asingkan putih dan kuning telur
1/4 tsp cream tartar (ni kita tambah sendiri)
20 g mentega-dicairkan

1. Griskan loyang dgn sedikit butter. Panaskan oven 170 C
2. Karamel
(a) Campurkan gula dgn 1 sudu besar air dahulu, panaskan hingga menjadi keperangan.
(b) Tambahkan 2 sudu besar air lagi dan kacau agar gula tidak berketul2, tutup api dan tuangkan terus ke dlm loyang
3. Puding
(a) Panaskan susu + gula hingga gula larut, padamkan api.
(b) Masukkan telur + esen vanila dlm satu mangkuk dan pukul sedikit.
(c) Tuangkan susu panas tadi perlahan2 ke dlm mangkuk telur dan kacau perlahan2 supaya tak berbuih. Tapiskan ke dlm loyang karamel tadi.
4. Kek
(a) Cairkan mentega, ketepikan.
(b) Pukul putih telur + cream tartar hingga berbuih, kemudian masukkan separuh gula (30 g) dan pukul hingga kembang.
(c) Pukul kuning telur dgn separuh lagi gula (30 g) sehingga jadi bentuk krim dlm mangkuk yg lain.
(d) Campurkan kedua2 adunan telur tadi, pukul perlahan hingga sebati.
(e) Campurkan pula tepung ke dlm adunan tadi dgn kaedah kaup balik.
(f) Akhir sekali masukkan mentega cair, kacau sebati. Tuang adunan kek ke dlm loyang puding tadi.
(g) Bakar secara bain-marie selama 40 minit atau hingga masak mengikut oven masing2.
(h) Sejukkan dahulu kek sebelum dikeluarkan dr loyang...dan bolehlah dihidangkan.

Monday, 9 February 2009

Hargailah Keluarga Anda



Kita pernah baca citer ni dlm bhs inggeris, so kali ni kita alihbahasakan dlm bhs melayu...so bacalah dgn penuh penghayatan, jgn baca cam citer alih bhs ultraman...nanti hilang 'perasaan' membacanya!

Aku terlanggar seorang yang tidak kukenali semasa berjalan.
"Oh maafkan saya, saya tak sengaja."

Katanya "Tak mengapa, maafkan saya juga, saya juga tak nampak awak tadi."

Kami amat bersopan dan saling menghormati, kami saling bersalaman dan melambai sambil berlalu pergi.

Tetapi di rumah lain pula ceritanya.
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda.

Lewat petang, tika memasak makan malam, anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam.

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh.
Jerkahku, "Ishhh...buat apa kat sini, pergi main jauh-jauh."

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku.
Aku tak sedar, betapa kasarnya kata-kataku.

Sedangku berbaring di katil mendengar muzik, terdengar suara halus datang membisik.

"Bila bersama orang tak dikenali, begitu bersopan dan merendah diri...tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci".

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur, akan kau temui bunga-bunga bertaburan.
Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu...dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu.
Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu... dan kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu dengan jerkahanmu."

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali, airmataku mencurah ibarat air di kali.

Senyap-senyap ku ke biliknya, dan melutut di katilnya.
"Bangunlah anakku, bangunlah sayang..."

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk ibu?"
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya di belakang rumah.
Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu...ibu tentu suka terutama yang unggu."

"Maafkan ibu atas sikap ibu hari ini...ibu tak harus menjerkah adik siang tadi."


Katanya,"Tak mengapa ibu, adik tetap sayang ibu melebihi segala." Lalu dia mencium pipiku.

Bisikku, "Ibu pun sayang adik dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu"



Adakah kita sedar, sekiranya kita mati hari ini, syarikat tempat kita bekerja akan senang-senang mendapat pengganti, dalam hanya beberapa hari...
Tetapi keluarga yang kita tinggalkan, akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat. Jika tiada tangisan di mata, mereka tetap menangis di hati...


"
HARGAILAH KELUARGA ANDA "


Wednesday, 4 February 2009

Snow turun lagi

Memang tebal kali ni snow yg turun (diberitakan, sejak 1995 snow belum pernah turun setebal ni)...banyak sekolah tutup, perkhidmatan pengangkutan awam tergendala, 6 juta orang tidak dapat keluar bekerja, kemalangan j/raya byk berlaku dan kami pula nak bawa syafi gi klinik pun takleh, kete tak leh bergerak...huhuhu, tapi kira puas hati ler... kami dapat bermain snow buat terakhirnya di bumi Bradford ni...


Salji sedang turun...10 malam 1.2.09


Anak2ku kecuali syafi main salji memalam buta...hihihi


Si ayah pun sempat berposing gak


2.2.09...syafi kat belakang umah


Bergambar dgn snowman...


Pemandangan padang di Bowling Park


Duduk di atas hamparan salji


Hihihi...posing di lereng bukit


Bersedia utk mengelongsor ke kaki bukit


Aisyah...


Pokok2 yg kedinginan???