Saturday, 31 January 2009

Choco Mousse Brownies

'Lord if You won't make me skinny, please make my friends fat' hihihi...jom makan Choco Mousse Brownies, resepi oleh Yani MyResipi...seandainya kita rindu nak makan Double Choc. Gateau ASDA kat Msia nanti, resepi nilah yg akan jadi pilihan...t/kasih Yani kerana berkongsi resepi yg superb ni.



Choco Mousse Brownies


Bahan Untuk Brownies
45 g butter
65 g gula halus
1 biji telur
50 g tepung gandum*
1/2 st baking powder*
1 sb serbuk koko*(*digaul rata dan diayak)

Bahan Untuk Mousse
140 g coklat masakan
1 sb halal gelatin/2 st serbuk agar2(kita guna vegegel)
100 ml air
2 biji putih telur
200 g whipping cream
40 g gula halus

UNTUK BROWNIES
1. Panaskan oven pada suhu 190 C.
2. Pukul butter dan gula hingga kembang/putih.
3. Masukkan telur, pukul lagi lebih kurang 3-4 minit.
4. Masukkan tepung yg telah diayak tadi sedikit demi sedikit ke dlm adunan hingga habis dan digaul rata.
5. Masukkan adunan ke dalam acuan dan bakar hingga 12 - 15 minit, bergantung pada oven masing2. Sejukkan kek

UNTUK MOUSSE
1. Masukkan gelatin ke dalam 100 ml air, kacau rata dan biar 5 minit.
2. Cairkan coklat masakan secara "double-boiler". Kacau hingga cair. Angkat dari periuk dan masukkan gelatin tadi, kacau sebati dan biarkan sejuk.
3. Sementara itu pukul putih telur hingga berbuih, masukkan gula kastor sedikit demi sedikit sambil terus memutar hingga kental.
4. Dalam mangkuk lain, pukul whipping cream hingga berkrim.
5. Satukan coklat tadi bersama whipping cream ke dlm putih telur, kacau perlahan hingga sebati.
6. Tuang adunan ke dalam loyang brownies tadi.
7. Simpan dalam peti sejuk 1 - 2 jam atau hingga mousse keras.
8. Keluarkan dari acuan dan ayak serbuk koko (jika suka) sebelum dihidangkan.

Saturday, 24 January 2009

Besday Aisyah & Makan-makan

Hari ni merupakan besday Aisyah yg ke-3 tahun...made in Msia but born in Bradford...hihihi, masa dtg UK tu duk mengandungkan dia 7 bulan...disebabkan dah 2 org anak dilahirkan secara pembedahan, maka dia pun dilahirkan secara pembedahan jugak, doktor kat sini tak mo bagi kita bersalin secara normal...bermakna hendak tak hendak perut ni kena kerat ler jugak...huhuhu...
Moga Aisyah Nafeesa menjadi anak yg solehah dan sentiasa di dalam peliharaan-Nya...amin


Kek besday


Yang meraikannya...

Makan-makan ni pulak dibuat sempena suami kita berjaya dlm 'viva' nya, dia niat nak jamu kawan2 kat sini makan(sebelum semua peralatan dipacking)...so hari ni buat majlis utk kawan2 yg tinggal sama jajahan dgn kami iaitu di BD5, insyaAllah next week kawan2 dr BD7 pulak...


Main courses


Side dishes...ada lagi yg tetamu bawa, tapi lupa nak snap...






Bergambar utk kenangan...

Thursday, 15 January 2009

Kek Pisang

Lama dah nak buat kek pisang resepi Yani MyResipi ni, baru hari ni berkesempatan membuatnya...memang sedap kek ni, lembut dan gebu gitu...satu lagi resepi yg super duper oleh Yani, t/kasih... apalagi, jom buat kek pisang!



Kek Pisang

2 biji pisang -dilenyek
140g butter
120g gula
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar fresh cream
1 sudu besar jus lemon
200g tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

1. Pukul butter dengan gula sehingga kembang
2. Asingkan putih dan kuning telur
3. Pukul putih telur sehingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam butter tadi
4. Ayak tepung, soda bikarbonat dan baking powder. Kemudian masukkan ke dalam adunan tadi
5. Masukkan pisang yang telah dilenyek dan esen vanila ke dalam adunan.
6. Campurkan jus lemon dan fresh cream. Kemudian masukkan juga ke dalam adunan.
7. Akhir sekali masukkan kuning telur. Kacau sehingga sebati.
8. Masukkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 160 C selama 35-40 minit

Wednesday, 14 January 2009

Kek Karet

Kek Karet ni lah yg kita mengidam masa mengandungkan Muhammad...dapat mkn sikit je sebab kek yg dioder dr kawan kakak kita tu tak berapa elok...sib baik dpt mkn sikit, buatnya tak dapat mkn...menjejeh2 kut air liur Muhammad...masa tu minat nak buat kek2 ni langsung takde, taunya beli atau oder je...sekarang tidak lagi, cewahhh..boleh dah nak buat kek yg mudah2, resepinya kita ambik dr fotopages Zaiy nun di Dubai sana...tq Zaiy...tapi resepi toppingnya lain sikit drpd resepi asal...silalah rasa sepotong dulu...



Kek Karet

2 1/2 cwn tepung berserbuk penaik(self-raising flour)
1 st baking powder
1 st soda bicarbonate
1/2 st cinnanom powder
1/4 st garam
3/4 cwn brown sugar
1 cwn gula castor
4 biji telur
1 cwn minyak jagung (kita guna minyak sayuran)
1 cwn mentega cair
3 cwn lobak (diparut - <>2 biji lobak yg sederhana besar)
3/4 cwn walnut cincang

Cream Cheese Frosting
250 g cream cheese
250 g mascapone cheese
280 ml whipping cream
Icing sugar - ikut manis yg dikehendaki
1 st esen vanila

1. Panaskan oven 180 C
2. Ayak tepung+baking powder+bicarbonate dlm mangkuk
3. Campurkan lobak parut, minyak jagung, mentega cair, cinnamon powder, brown sugar, castor sugar dan telur
4. Putar adunan sehingga lembut/gebu. Masukkan walnut dan pukul sebentar
5. Bakar dlm oven selama 45 min hingga 1 jam.
6. Biarkan sejuk...buatkan topping

Cream Cheese Frosting
1. Pukul cream cheese dan mascapone cheese hingga gebu
2. Masukkan esen vanila dan gula icing, pukul lagi
3. Masukkan whipping cream, pukul hingga kental dan bolehlah disapukan atas kek

Wednesday, 7 January 2009

Tahniah


Tahniah buat suami kerana berjaya dlm 'viva' PhD.nya...punyalah kita gabra mengalahkan kita pulak yg nak 'viva' taim tu...alhamdulillah, lega hati bila diberitahu kejayaannya, biasalahkan...di sebalik kejayaan seorang suami tu ada isteri di belakangnya (dibaca sbg 'nak tumpang glamer jugak'...ahakkks)